Ikut jejak langkah Muhyiddin, Azmin Ali juga letak jawatan dalam PN


  • Massa
  • Selasa, 30 Dis 2025

Azmin Ali meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung PN berkuat kuasa Rabu.

 

TIDAK lama selepas Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan, giliran Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung gabungan tersebut berkuat kuasa Rabu.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook miliknya pada Selasa, beliau berkata, ini kerana pelantikannya bagi jawatan berkenaan sebelum ini di bawah bidang kuasa Pengerusi PN.

Menurut Azmin, keputusan itu dibuat kerana pelantikannya sebelum ini adalah di bawah bidang kuasa Pengerusi PN.

BACA LAGI: Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN, pemimpin PAS mohon maaf andai tersinggung

BACA LAGI: [VIDEO] Wanita Puncak Alam bongkar modus operandi 'Mr. Ong' kononnya jadi wakil bos kutip duit jualan

Beliau turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PN Selangor, juga berkuat kuasa pada tarikh sama.

"Kerjasama semua pihak amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih," katanya.

Langkah Azmin itu hadir susulan keputusan Muhyiddin yang melepaskan jawatan sebagai Pengerusi PN pada Selasa.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram