[VIDEO] Kasih seorang abang, budak lelaki tak teragak-agak terjun dalam gaung selamatkan adik


  • Benua
  • Selasa, 23 Dis 2025

Tangkap layar memaparkan seorang budak lelaki sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan keselamatan adiknya, meskipun nyawa sendiri terancam. — Agensi

 

 

KASIH sayang seorang abang memang tiada galang gantinya. Ia bukan sekadar tanggungjawab, tetapi juga naluri untuk melindungi keluarga tanpa mengira risiko.

Dalam setiap tindakan, terserlah keberanian, pengorbanan dan keprihatinan yang sukar diukur dengan kata-kata.

Terbaharu, tular satu kejadian membuktikan bahawa seorang budak lelaki sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan keselamatan adiknya, meskipun nyawa sendiri terancam.

BACA LAGI: [VIDEO] Lintang-pukang pulang ke rumah, lelaki panik nama sendiri diumumkan surau sudah meninggal dunia

BACA LAGI: [VIDEO] Syif terakhir, pekerja kilang di China maut tak sempat selamatkan diri dihempap besi

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bertarikh 11 Disember lalu yang kembali tular sejak Isnin itu memaparkan dua beradik sedang berbasikal di kawasan hadapan kediaman mereka, berhampiran laluan berbukit yang mempunyai cerun dalam.

Detik cemas berlaku apabila salah seorang daripada mereka secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum tergelincir ke arah tepi jalan dan terjatuh ke dalam sebuah gaung yang tidak dimaklumkan lokasinya.

 

 

 

 

Tanpa berlengah, abang kepada kanak-kanak itu segera meluru ke hadapan lalu terjun bagi menyelamatkan adiknya, meskipun tindakan tersebut jelas mengundang risiko terhadap keselamatannya sendiri.

Rakaman dramatik itu memperlihatkan ketangkasan serta keberanian budak lelaki berkenaan yang bertindak mengikut naluri, sekali gus mencerminkan pengorbanan dan kasih sayang tulus seorang abang terhadap adiknya.

Video tersebut juga pantas mencuri perhatian warga maya selepas ia mula tular di Threads sejak Isnin.

Malah, ramai meluahkan rasa sebak serta memuji tindakan berani itu sebagai bukti ikatan kasih sayang yang kuat antara adik-beradik.

Insiden tersebut menjadi peringatan bermakna tentang keberanian, kasih sayang tanpa syarat serta nilai kekeluargaan yang terpancar dalam detik singkat, namun penuh emosi dan makna. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram