JUALAN carboot semakin mendapat tempat seiring dengan gelombang kepenggunaan berhemah, menawarkan alternatif membeli-belah yang lestari dan mampu milik.
Jualan carboot yang berlangsung di kawasan parkir terbuka di sepanjang Jalan Teknologi 3/9, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor itu wujud sejak 2013 dan menarik ratusan pengunjung setiap hujung minggu.
Ia kini berkembang menjadi acara komuniti popular, dengan pengunjung hadir untuk memburu barangan terpakai unik sambil menyokong peniaga tempatan dalam suasana yang meriah.
BACA LAGI: Ambang 30 tahun bagi pembangunan semula bangunan wajar dikaji semula
BACA LAGI: 'Sotong macam getah rambut', pelanggan kecewa bayar RM18.75 dapat nasi bawang goreng kunyit

Selain pakaian, permainan juga turut ditawarkan kepada pengunjung jualan carboot Kota Damansara. — The Star/ Azlina Abdullah
Selain itu, ia turut menyediakan peluang kepada orang ramai untuk menjana pendapatan dengan menjual barangan yang tidak lagi digunakan.
Daripada pakaian dan kasut hinggalah buku, permainan serta hasil kraf, jualan carboot ini menawarkan pelbagai pilihan untuk semua peringkat umur.
Jualan ini diadakan setiap Ahad dari 7 pagi hingga 11 pagi. — THE STAR/ AZLINA ABDULLAH
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
