Ambang 30 tahun bagi pembangunan semula bangunan wajar dikaji semula


  • Bisnes
  • Khamis, 18 Dis 2025

Usia bangunan semata-mata tidak seharusnya menjadi justifikasi untuk perobohan bagi tujuan pembangunan semula. — Gambar hiasan

AMBANG 30 tahun bagi pembangunan semula bangunan di bawah cadangan Akta Pembaharuan Bandar (URA) wajar dikaji semula.

Pakar seni bina dan kejuruteraan berpandangan bahawa faktor usia semata-mata bukanlah punca utama kemerosotan struktur bangunan.

Sehubungan itu, ia tidak seharusnya dijadikan alasan utama untuk perobohan bagi pembangunan semula.

BACA LAGI: Parkir makin terhad, peniaga di Kepong gesa DBKL pindahkan stesen pengecas EV

BACA LAGI: Lihat pendapatan AS$1 bilion menjunam ke hampir sifar, bekas 'intern' kini CEO selamatkan Trivago

Pandangan itu dikemukakan sebagai maklum balas terhadap jawapan Parlimen oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, yang memaklumkan bahawa kerajaan sedang meneliti semula cadangan ambang 30 tahun bagi bangunan di bawah Rang Undang-Undang Pembaharuan Bandar.

Ketua Pegawai Eksekutif ATSA Architects, Azim A. Aziz berkata, terdapat pelbagai faktor lain yang menyumbang kepada kemerosotan bangunan, antaranya kualiti pembinaan yang rendah, kesan cuaca dan keadaan tanah, pengubahsuaian tanpa kebenaran serta kegagalan penyelenggaraan yang baik.

“Dengan penyelenggaraan dan naik taraf yang betul, sesebuah bangunan boleh bertahan melebihi 50 tahun malah lebih 100 tahun. Usia semata-mata tidak seharusnya menjadi justifikasi untuk perobohan bagi tujuan pembangunan semula,” katanya.

ATSA Architects 30th Anniversary Exhibition where 16 celebrity architects will get together to paint. They will be joined by final year architectural students from local universities around Klang Valley. Theme of artwork is on Malaysian identity in architecture. Hijjas Kasturi will be one of the celebrity architects present.-—SHAARI CHEMAT/ THESTAR

Azim berkata, pembangunan semula pramatang berisiko menjejaskan dan meminggirkan komuniti setempat.

Menurut Azim, kebanyakan bangunan berusia 30 tahun masih kukuh dari segi struktur.

“Ambang di bawah 40 tahun hanya menggalakkan perobohan yang tidak perlu.

“Pembangunan semula secara pramatang juga menghasilkan pembaziran, meningkatkan impak karbon dan berisiko menjejaskan komuniti setempat,” katanya.

Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada URA wajar menaikkan ambang usia kepada 40 tahun atau lebih, Azim berkata perkara itu bergantung kepada konteks.

“Jika bangunan dibina dengan baik dan selamat dari segi struktur, ia tidak perlu dibangunkan semula walaupun sudah berusia 30 tahun.

“Namun, jika bangunan itu tidak memenuhi piawaian keselamatan atau terbiar, ia perlu dibangunkan semula demi kepentingan awam.

“Banyak bangunan di Kuala Lumpur yang dibina di atas tanah bernilai tinggi antara tahun 1960-an hingga 1980-an kini sudah ketinggalan zaman dan kehilangan nilai warisan.

“Dalam kes sebegini, khususnya bangunan sekitar 30 tahun yang tidak pernah disiapkan atau ditinggalkan, perobohan dan pembangunan semula adalah perlu,” katanya.

Azim menegaskan bahawa keputusan mengenai pembangunan semula mesti dibuat berdasarkan konteks, bukannya usia semata-mata.

Tan Seng Khoon

Sementara itu, Tan Seng Khoon yang berkhidmat sebagai jurutera turut sependapat  dengan menyatakan bahawa bahan binaan juga merupakan faktor penting.

“Bangunan yang dibina menggunakan bata lazimnya boleh bertahan sekitar 50 tahun, manakala bangunan konkrit boleh bertahan sehingga kira-kira 100 tahun.

“Oleh itu, ambang 30 tahun mungkin tidak sesuai bagi bangunan-bangunan ini.

“Namun, bangunan yang diperbuat daripada kayu secara umumnya kurang tahan lama dan mungkin sudah berada dalam keadaan uzur selepas 30 tahun,” kata Tan, yang juga bekas pengerusi Institut Jurutera Malaysia.

Beliau turut menekankan kepentingan penyelenggaraan dan pembaikan yang berterusan bagi memastikan bangunan kekal dalam keadaan baik.

Rang undang-undang itu pertama kali dibentangkan untuk bacaan pertama pada 21 Ogos lalu, namun bacaan kedua telah ditangguhkan beberapa kali susulan gesaan supaya penelitian lebih menyeluruh dibuat oleh pelbagai pihak berkepentingan, termasuk ahli Parlimen. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram