[VIDEO] Wanita batalkan perkahwinan angkara perangai tamak pengantin lelaki minta hantaran tak masuk akal


  • Cinta
  • Isnin, 15 Dis 2025

Rishabh (kiri) dan keluarganya didakwa didakwa menuntut sebuah kereta Suzuki dan mahar wang tunai bernilai RM90,000 beberapa minit sebelum upacara berlangsung. — Agensi

SEBUAH majlis perkahwinan di Bareilly, Uttar Pradesh, India, bertukar kecoh apabila pengantin lelaki didakwa menuntut sebuah kereta Suzuki Brezza dan mahar wang tunai bernilai Rs20 lakh (RM90,000) beberapa minit sebelum upacara berlangsung.

Akibat tindakan itu, pengantin wanita menolak untuk berkahwin, manakala polis menahan pengantin lelaki, Rishabh, bersama bapanya dan seorang abang ipar.

Menurut bapa pengantin wanita, Murli Manohar, perkahwinan tersebut dipersetujui lapan bulan lalu melalui perantara dan majlis pertunangan berlangsung pada Mei.

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Kalau kemalangan lagi bahaya', mat rempit tinggalkan kekasih tepi jalan gara-gara sekatan jalan raya

BACA LAGI: [VIDEO] Syif terakhir, pekerja kilang di China maut tak sempat selamatkan diri dihempap besi

"Sepanjang tempoh itu, kami berusaha memenuhi pelbagai tuntutan keluarga pengantin lelaki, termasuk wang tunai, barangan rumah dan barang kemas, namun tuntutan mereka tidak pernah berhenti," kata Murli.

Tambah Murli lagi, Rishabh, yang juga seorang ahli perniagaan, tiba di dewan berhampiran Perpustakaan Yugveena bersama rombongan pada malam Jumaat lalu dan membuat beberapa tuntutan mengejut dan tak masuk akal sperti sebuah kereta mewah dan wang tunai, malah mengugut untuk membatalkan perkahwinan jika permintaannya tidak dipenuhi.

 

 

 

 

Selain itu, sehari sebelum majlis, keluarga pengantin wanita mendakwa  menyerahkan pelbagai barangan termasuk pendingin hawa, peti sejuk, mesin basuh, barangan rumah, barang kemas serta wang tunai Rs1.2 lakh (RM5,415) kepada keluarga pengantin lelaki.

Beberapa jam selepas membatalkan perkahwingan, pengantin wanita, Jyoti melalui satu rakaman video tular menegaskan dia tidak mahu berkahwin kerana Rishabh turut menghina keluarganya.

"Saya tidak boleh menghabiskan hidup dengan lelaki yang menghina ayah dan abang saya di hadapan tetamu semata-mata kerana mas kahwin.

"Bagaimana dia mahu menghormati saya di masa depan?" katanya.

Polis Bareilly mengesahkan kejadian terbabit dan menahan Rishabh, bapanya Ram Avatar serta abang iparnya.

"Tindakan lanjut akan diambil selepas menerima laporan rasmi daripada pihak pengantin wanita," katanya dalam satu kenyataan. 

Video kejadian pada malam perkahwinan itu menjadi tular serta  menarik perhatian ramai sekali gus mencetuskan perbualan hangat mengenai isu mas kahwin serta hak wanita di India. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram