[VIDEO] 'Saya sayang ibu', pelajar cerita detik cemas larikan diri dari insiden tembakan di Brown University


  • Benua
  • Ahad, 14 Dis 2025

Tangkap layar suspek kes tembak Brown University yang melarikan diri dari kampus berkenaan selepas kejadian. — Agensi

DUA maut manakala sembilan lagi cedera selepas seorang penembak bersenjata menyerang kampus Brown University, Amerika Syarikat (AS), pada Sabtu ketika peperiksaan akhir sedang berlangsung pada Sabtu.

Polis kini memburu suspek yang dipercayai lelaki berpakaian gelap.

Presiden universiti, Christina Paxson, berkata sepuluh daripada mangsa yang cedera adalah pelajar.

BACA LAGI: [VIDEO] Syif terakhir, pekerja kilang di China maut tak sempat selamatkan diri dihempap besi

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Kalau kemalangan lagi bahaya', mat rempit tinggalkan kekasih tepi jalan gara-gara sekatan jalan raya

"Manakala seorang lagi cedera akibat serpihan tembakan, namun pada ketika ini tidak dapat dipastikan identiti mangsa.

"Insiden berlaku di bangunan Barus & Holley yang menempatkan Jabatan Kejuruteraan dan Fizik," katanya. 

Polis juga percaya suspek menggunakan pistol, namun identiti dan motif masih dalam siasatan.

 

 

 

 

Difahamkan, ketika kejadian, beberapa pelajar dan staf sempat berlindung di bangunan lain sehingga situasi selamat.

Sembilan mangsa dibawa ke Hospital Rhode Island, seorang dilaporkan dalam keadaan kritikal manakala enam lagi menerima rawatan rapi.

Gabenor Rhode Island, Dan McKee, menyifatkan insiden itu sebagai tindakan tak masuk akal.

Pada masa sama, beliau turut memberi jaminan akan menggunakan semua sumber yang ada untuk menangkap suspek.

Polis juga mengekalkan arahan shelter-in-place (kawasan selamat) sehingga situasi terkawal.

Dalam pada itu, Presiden Donald Trump memaklumkan beliau telah dimaklumkan mengenai kejadian dan menyeru orang ramai mendoakan mangsa.

 

 

 

 

Dalam perkembangan lain, wartawan antarabangsa, Brian Allen melalui laman X berkongsi detik cemas seorang pelajar semasa insiden:

"Ibu, sedang berlaku tembakan di kampus. Saya akan lari. Saya sayang ibu."

"Pelajar berkenaan kini berkawal di dalam bilik simpanan bersama kira-kira 12 orang lain, lampu dimatikan dan suasana senyap. Seorang pelajar dilaporkan mengalami serangan panik. 

"Inilah Amerika pada 2025. Doakan mereka," luah Brian.

Difahamkan, pelajar lain turut berkongsi pengalaman cemas masing-masing melalui media sosial ketika polis menggeledah kampus dan kawasan sekeliling.

Untuk rekod, Brown University ditubuhkan pada 1764 dan kini menempatkan kira-kira 7,300 pelajar sarjana muda serta lebih 3,000 pelajar siswazah.

Kos pengajian termasuk penginapan mencecah hampir AS$100,000 (RM409,730) setahun. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram