SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Januari ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, tarikh penamaan calon bagi kedua-dua PRK berkenaan ditetapkan pada 10 Januari depan.
Menurut beliau, pengundian awal pula akan berlangsung pada 20 Januari bagi membolehkan pengundi yang layak menunaikan tanggungjawab masing-masing lebih awal.
BACA LAGI: [VIDEO] Hidalgo puas diberi peluang, de Marigny hairan tapi enggan kritik pengadil
BACA LAGI: Warga emas maut nahas 3 kenderaan di Johor

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri Lamag pada 24 Januari ini.
“Sehubungan itu, urusan permohonan bagi semua kategori undi pos sama ada di dalam atau luar negara, akan dibuka mulai hari ini,” katanya pada sidang media pada Selasa.
PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember lalu.
Allahyarham meninggal dunia kurang seminggu selepas dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag bagi penggal kedua.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang berlangsung pada 29 November lalu, Bung Moktar yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah berjaya mempertahankan kerusi DUN Lamag.
Beliau memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti tipis 153 undi dalam persaingan enam penjuru. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
