TULAR di media sosial apabila seorang individu dikenali sebagai Arief Iskandar meluahkan rasa kesal selepas mendakwa kereta miliknya disimbah cat oleh along.
Menerusi hantaran di Facebook, Arief mendakwa keretanya menjadi mangsa vandalisme meskipun dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan hutang yang didakwa terbabit.
Menurutnya, tindakan itu amat mengecewakan kerana pihak along berkenaan tersalah sasaran.
BACA LAGI: PM Thailand umum bubar Parlimen ketika negara berperang, jadi hos Sukan SEA
BACA LAGI: Jangan fikir Sabah pasukan sama di final Piala FA — TMJ

“Ini semua h**** ya kawan-kawan. Orang lain yang hutang, kereta aku pula kena cat. B*** punya along. Yang hutang pun perangai macam b***, umur pun sudah tua tak sedar-sedar lagi,” tulisnya.
Dalam hantaran sama, Arief turut memuat naik tangkap layar mesej amaran dipercayai daripada along tersebut yang memberi kata dua kepada individu yang berhutang yang kemungkinan merupakan jirannya.
“Hutang wang bayar wang, final warning. Jika masih tak call atau WhatsApp untuk bayar hutang, next saya akan bakar ratakan rumah ini.
"Jika cakap tiada wang, saya gerenti korang habis wang lebih banyak ganti rugi. Biar jiran-jiran semua malu," tulis nota amaran itu.
Insiden itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata bersimpati dengan Arief serta mengecam tindakan pihak terbabit yang melakukan perbuatan khianat terhadap individu yang tidak bersalah.
Belum ada kenyataan polis berhubung insiden itu setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
