Pempengaruh 'Sedaghe' persoal masa daftar masuk hotel makin lewat, ramai setuju rugi masa 'travel'


  • Bisnes
  • Rabu, 10 Dis 2025

Masa 'check-in' yang semakin lewat menjejaskan pengalaman menginap terutama bagi mereka yang melakukan perjalanan jauh. — Gambar hiasan/ Freepik

PEMPENGARUH media sosial @zhiddinazizz menarik perhatian ramai apabila meluahkan rasa kurang senang terhadap trend baharu masa daftar masuk (check-in) hotel dan penginapan yang semakin lewat.

Menurutnya, pelanggan kini hanya menikmati 20 jam di hotel berbanding 22 jam suatu ketika dahulu.

“Dulu hotel masuk pukul 2 petang, keluar pukul 12 tengah hari. Sekarang masuk pukul 3 petang, keluar pukul 11 pagi.

"Dulu tetamu menikmati 22 jam, sekarang cuma dapat 20 jam," katanya yang popular di trademark 'Sedaghe' di ruangan Threads.

BACA LAGI: [VIDEO] Restoran Khairul Aming cuma dapat ‘rate’ 1 bintang meskipun belum beroperasi, macam-macam ragam manusia

BACA LAGI: Bermula sebagai tukang masak, anak Penang buka restoran di Singapura jadi rakyat Malaysia pertama raih 2 bintang Michelin

Female tourist using mobile nfc payment at pos terminal, purchasing cup of coffee from hotel bar. Asian woman buying drink while she waits for her room to be available. Handheld shot.

Pelanggan yang sampai hotel awal perlu menunggu bilik siap sebelum boleh mendaftar masuk. — Gambar hiasan/ Freepik

Apabila bersuara pasal isu berkenaan, rata-rata pemain industri memberi alasan ‘tak cukup masa nak kemas bilik’.

"Jadi? Tambahlah tenaga kerja kalian, bukan mengganggu masa pelanggan,” jelas Zhiddin yang juga merupakan anak kepada bekas pengacara program Malaysia Hari Ini (MHI), Allahyarham Aziz Desa.

Luahan itu menerima pelbagai reaksi, dengan ramai bersetuju bahawa masa check-in yang semakin lewat menjejaskan pengalaman menginap terutama bagi mereka yang melakukan perjalanan jauh.

Pengguna Threads, @dean_said berkata, isu itu bukan sahaja berlaku di hotel, tetapi kerap dialami di Airbnb.

Check-in kadang pukul 3 ke 5 petang baru dapat masuk, check-out pukul 10 pagi dah bagi WhatsApp peringatan suruh keluar pukul 11 pagi.

"Belum cerita kena bayar deposit RM100 hingga RM200 yang tak dinyatakan dalam laman web. Bayaran balik 3 ke 4 hari bekerja.”

Seorang lagi pengguna, @azeandahlal, turut menyuarakan kekecewaan kerana masa perjalanan terpaksa diubah semata-mata untuk memenuhi waktu check-in yang lewat.

“Kami yang travel jauh suka mula awal pagi untuk elak trafik. Dulu boleh check-in 12 tengah hari, sekarang terpaksa masuk lewat dan rugi sehari. Sangat tak convenient,” katanya.

Young hotel maid making the bed with clean fresh towels

Kerja-kerja pembersihan bilik hotel dikatakan mengambil masa untuk proses daftar masuk seterusnya. — Gambar hiasan/ Freepik

Bagi @fizzfendi, masa 'check-in' yang lewat turut menyukarkan urusan ibadah ketika bermusafir.

Katanya, sebagai pengusaha inap desa, dia memilih untuk memudahkan tetamu.

“Kalau tarikh tu tak ada orang, pukul 11 pagi pun boleh masuk homestay. Kalau hari berikutnya tak ada orang, saya suruh tetamu solat dulu. Kita mudahkan orang, insya-ALLAH hidup kita dimudahkan," katanya.

Namun, tidak semua bersetuju dengan kenyataan itu apabila ada pengusaha Airbnb mempertahankan masa check-in lewat dan caj pembersihan.

“Caj fi pembersihan tu untuk tukar cadar, sedut habuk, mop, cuci tandas. Awak sewa satu rumah, bukan satu bilik. Nak bersihkan rumah pun kena upah cleaner.

"Apa yang dibayar dekat Airbnb bukan 100 peratus kami dapat kerana ada potongan servis dan cukai. Dalam sistem memang ada table cleaning fee macam hotel,” jelas @mawar_biru89. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram