[VIDEO] Staf pun tak tahu siapa bos, Khairul Aming buka restoran pertama modal RM4 juta di Kg Baru


  • Bisnes
  • Selasa, 09 Dis 2025

Khairul Aming mengumumkan pembukaan restoran pertama miliknya yang dinamakan sebagai Rembayung.

SELEPAS setahun menyimpan rahsia, usahawan dan pempengaruh masakan terkenal tanah air, Khairul Aming (KA) akhirnya mendedahkan berita yang paling dinanti-nantikan para peminatnya iaitu pembukaan restoran pertamanya yang dinamakan Rembayung.

Pengumuman itu sekali gus menandakan lembaran baharu dalam perjalanan kerjayanya selepas sedekad mencipta pengaruh besar dalam dunia digital.

Menurutnya perkongsian di laman Threads, langkah besar tersebut hadir bersama pengorbanan dan komitmen tinggi apabila Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman mendedahkan bahawa projek tersebut menelan belanja kira-kira RM4 juta.

BACA LAGI: [VIDEO] Jojo layan Mia bak 'princess' sepanjang di gelanggang, keluarga Ghazali rebut 2 gelaran juara di Stadium Titiwangsa

BACA LAGI: [VIDEO] Masih berdaftar MSAF, kegagalan enjin punca pesawat ringan terhempas di Tapah

 

 

Menurutnya, dia memilih untuk membangunkan bangunan restoran itu sepenuhnya dari kosong di atas tanah berkeluasan 8,000 kaki persegi di Kampung Baru, Kuala Lumpur sebuah lokasi ikonik yang terletak hanya sembilan minit dari KLCC.

Menurutnya, perkara itu adalah pelaburan tunggal terbesar yang pernah dibuat sepanjang kerjayanya.

Keputusan itu bukan sahaja bertujuan membina sebuah restoran, tetapi juga untuk menzahirkan visi jangka panjang dalam mencorakkan masa depan empayar perniagaannya.

Selepas lebih 10 tahun berkarya dalam dunia dalam talian, Khairul Aming mengakui bahawa kini dia sudah bersedia untuk melangkah ke fasa baharu, dunia perniagaan offline.

Pengumuman itu mengundang keterujaan ramai peminat yang mengikuti perjalanan beliau sejak awal.

Ramai menyifatkan kejayaan berkenaan sebagai bukti bahawa kerja keras, konsistensi dan keberanian untuk mencuba perkara baharu mampu membuka pintu yang lebih luas.

Dengan pembukaan Rembayung, Khairul Aming berharap langkah baharu ini akan menjadi permulaan kepada perancangan 10 tahun seterusnya dalam karier usahawanannya.

“Selamat datang ke Rembayung,” ujarnya menandakan bermulanya sebuah era baharu yang diyakini bakal menginspirasi lebih ramai anak muda Malaysia.

Pembukaan restoran itu juga mencipta kemeriahan dalam kalangan pengikutnya, lebih-lebih lagi buat mereka yang teruja dengan pekerja yang akan berada di bawah tunjuk ajarnya.

"Staf yang beruntung, apply saja kerja di restoran itu tak sangka siapa KA punya restoran, sangat bertuah, nak juga kerja situ," kata @iamni_. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram