PIHAK berkuasa Arab Saudi mengenakan larangan terhadap segala bentuk aktiviti fotografi di Tanah Suci bermula musim haji 2026.
Larangan tersebut dikenakan di dua lokasi iaitu Masjidil Haram, Makkah dan Masjid Nabawi, Madinah.
Dengan pelaksanaan larangan itu, alatan seperti telefon bimbit, kamera serta peralatan merakam yang lain turut tidak dibenarkan.
BACA LAGI: 'Rider' p-hailing maut dihempap pokok di Jalan Tun Razak-Ayer Keroh
BACA LAGI: [VIDEO] Fotofit suspek macam lukisan budak-budak, tak sangka mirip wajah sebenar penjenayah di AS

Larangan tersebut terpakai di dalam dan luar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Dilaporkan, larangan tersebut bertujuan untuk menjaga tahap privasi jemaah, memelihara suasana suci dua lokasi itu serta memudahkan pergerakan orang ramai semasa waktu puncak.
Pihak berkuasa Saudi sebenarnya sudah lama melakukan larangan tersebut dengan ia diperketatkan lagi termasuk tindakan merampas peranti dan denda dikenakan kepada yang ingkar.
Malah, sekatan yang dikenakan kepada semua jemaah dan pengunjung itu turut merentasi beberapa aplikasi seperti Instagram yang tidak boleh digunakan ketika di lokasi tersebut.
Pihak berkuasa Saudi mengenakan larangan tersebut di dalam dan luar dua masjid tersebut sebagai lanjutan kepada peraturan sedia ada.
Ia bertujuan untuk menghalang kesesakan yang disebabkan oleh tindakan mengambil swafoto serta rakaman video dalam kalangan jemaah.
Larangan yang sudah ada sejak 2017 itu bertujuan untuk memastikan para jemaah sentiasa fokus kepada ibadah dan kecekapan operasi.
Malaysia dijangka menghantar hampir 30,000 jemaah bagi melaksanakan ibadah haji pada tahun depan.
Berdasarkan laporan terkini, LembagaTabung Haji sudah mengeluarkan lebih 26,000 surat tawaran kepada bakal jemaah yang memenuhi syarat minimum mempunyai simpanan sebanyak RM15,000 dalam akaun masing-masing selain memenuhi keperluan istitha'ah merangkumi aspek kewangan dan kesihatan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
