HUJAN berterusan dan sistem perparitan bermasalah mengakibatkan beberapa kawasan sekitar Lembah Klang terkesan dengan banjir kilat pada Khamis.
Dalam beberapa perkongsian di media sosial, bencana alam itu mengakibatkan kerosakan harta benda, termasuk barangan awam dan peribadi.
Malah, kejadian itu turut menyebabkan kenderaan seperti motosikal dan kereta berisiko terjejas sekiranya enjin dimasuki air banjir.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Ya ALLAH, peliharalah kami', ramai kongsi detik cemas harung banjir di KL
BACA LAGI: [VIDEO] Jalan raya sampai terangkat, rosak teruk akibat banjir besar di Aceh
Menyedari masalah itu, dua penunggang p-hailing tampil berusaha mengurangkan risiko tersebut dengan mengurangkan air bertakung di atas jalan raya.
Dalam video dikongsikan Izzokayyy di TikTok, kedua-dua individu tidak dikenali tersebut sanggup mengorek longkang untuk merendahkan tahap air bertakung di hadapan sebuah pasar raya sekitar Kuala Lumpur (KL).
Usaha berkenaan tidak sepenuhnya menyelesaikan masalah banjir kilat itu, namun setidak-tidaknya usaha ditonjolkan menerima pujian penduduk setempat dan orang ramai.
"Jariah yang berpanjangan. Semoga rider-rider ini dikayakan rezeki selalu, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat," kata Elom Zita Makhtar.

Beberapa kawasan, termasuk sekitar ibu kota turut terkesan akibat banjir kilat itu.
"Terima kasih abang rider. Saluran tersumbatlah punca jalan-jalan banjir. Kalau majlis perbandaran rajin bersihkan, tidak berlakunya banjir," kata Mama Zura.
"Hebat. Dalam Islam mengajar kita mengalihkan duri di jalan juga membawa pahala, apa lagi memudahkan urusan orang lain. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka," kata Rehan Nordin.
Berdasarkan statistik terbaru Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 617 mangsa daripada 188 keluarga sudah dipindahkan ke pusat perpindahan sementara (PPS) akibat banjir itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
