[VIDEO] Disangka pelanggan mahu kompelin rupanya terima pujian siapkan 'big order Sukiya rice bowl'


  • Bisnes
  • Khamis, 27 Nov 2025

Peniaga itu menyiapkan tempahan Sukiya rice bowl daripada seorang pelanggan yang memesan 70 mangkuk. — Threads/ ansnjh

SEORANG pengusaha makanan berkongsi pengalaman cemas namun menghiburkan selepas menerima pesanan besar sebanyak 70 mangkuk Sukiya rice bowl daripada seorang pelanggan.

Menerusi satu hantaran di Threads, peniaga itu @ansnjh menceritakan bagaimana dia dan pasukannya menyiapkan pesanan yang dianggap berskala besar itu.

Membahasakan dirinya sebagai Anis, peniaga itu yang beroperasi di Cyberjaya memberitahu, pesanan tersebut berjaya dihantar kepada pelanggan terbabit selepas disiapkan bersama pasukannya.

BACA LAGI: Filem senyap bajet tak sampai RM1,000, karya anak Ipoh bawa nama Malaysia ke pentas dunia

BACA LAGI: Ramai 'content creator' tak tahu kena bayar cukai LHDN, ini cara rekod pendapatan dan perbelanjaan

 

 

"Dah buat 70 mangkuk tu boleh kata big order juga. Memang berdebar tapi bila buat dengan team saya, saya tahu diorang akan memberikan yang terbaik.

"Jarang sangat dapat bad review kalau mereka handle tempahan," katanya.

Menurutnya, selepas penghantaran selesai, terlintas di fikiran untuk meminta maklum balas pelanggan namun hasrat itu tertangguh kerana terlupa gara-gara terlalu sibuk.

 Keesokan pagi, Anis memberitahu, dia menerima mesej WhatsApp daripada pelanggan berkenaan.

“Memang kecut perut bila nampak mesej pagi-pagi, ingatkan ada masalah,” katanya.

Namun, rupa-rupanya pelanggan hanya bergurau dan menyakat, bukan memberikan aduan seperti yang disangka.

"Saya nak kompelin sikit. Semua cakap sedap sangat dan selalu dapat ekstra tapi kali ini licin," demikian gurauan pelanggan berkenaan.

Pengusaha itu turut memuji pasukannya yang sentiasa memastikan kualiti terbaik setiap kali mengendalikan tempahan besar selain jarang menerima maklum balas negatif apabila dikendalikan oleh mereka.

Menu Sukiya rice bowl yang ditawarkan Anis itu datang dalam dua pilihan protein iaitu ayam dan daging ribeye yang masing-masing mempunyai peminat tersendiri. 

Bagi yang ingin mencuba, Sukiya rice bowl itu dijual di The Hide Kora Kora di Edusphere, Cyberjaya.

Pelanggan boleh terus walk-in atau membuat pre-order jika berminat untuk mencuba air tangan Anis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram