[VIDEO] Pindah rakyat Malaysia guna kontena, Tok Mat mohon maaf jika mangsa banjir tak selesa


  • Massa
  • Khamis, 27 Nov 2025

Pelancong meredah kawasan banjir di daerah Hat Yai, Thailand baru-baru ini. — Agensi

RAKYAT Malaysia yang terkandas akibat banjir di Hat Yai, Thailand terpaksa dipindahkan menggunakan kontena.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penggunaan kontena membolehkan pemindahan selamat kumpulan rakyat Malaysia ketika kenderaan kecil dan bas tidak dapat melalui kawasan dinaiki air.

"Semalam (Rabu), ramai rakyat Malaysia yang dibawa sampai ke Bukit Kayu Hitam, Kedah. Jika ada yang tidak berpuas hati, saya mohon maaf.

BACA LAGI: 'Keajaiban berlaku', pelajar, pensyarah UUM terkandas di Hatyai dijangka pulang hari ini

BACA LAGI: Jimat kira-kira RM800 setahun, ramai masih tak tahu individu OKU, waris layak dapat cukai jalan percuma

"Kami terpaksa gunakan kontena kerana jalan tidak boleh dilalui," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata, operasi itu juga turut membantu rakyat dari Brunei, Singapura dan negara lain yang turut terkandas.

Kini, dengan air mula surut, bas boleh digunakan semula untuk pemindahan.

Mohamad berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Wong Shu Qi (PH-Kluang) mengenai langkah segera membantu rakyat Malaysia yang terkandas dan langkah pencegahan menghadapi musim banjir di Selatan Thailand.

Beliau turut menasihatkan rakyat Malaysia menangguhkan perjalanan ke Thailand sehingga hujan lebat dan monsun timur laut berakhir pada Disember. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram