[VIDEO] 'Ibu bangga nak', wanita terharu anak perempuan umur 5 tahun berani masuk pertandingan hafazan al-Quran


  • Tular
  • Isnin, 24 Nov 2025

Tangkap layar video seorang kanak-kanak perempuan berusia menyertai pertandingan hafazan di surau kawasan rumah.

MELIHAT anak sendiri yakin di hadapan orang ramai untuk menghafaz surah pastinya membuatkan hati seorang ibu tersentuh dan sebak.

Keberanian kanak-kanak berusia lima tahun itu menonjolkan minatnya menimba ilmu agama sejak kecil, sekali gus membangkitkan rasa bangga yang sukar digambarkan.

Haziqah Ramli, ibu kanak-kanak tersebut, berkongsi detik manis itu di laman Threads miliknya pada Ahad.

BACA LAGI: 'Masih trauma banjir yang dulu', penduduk Sri Muda kesal gambar banjir dihasilkan AI jadi bahan gurauan, cetus panik

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Peniaga pasar malam memang awesome,’ lelaki terharu anak autisme disantuni dengan tenang

"Anak perempuan saya berumur lima tahun masuk pertandingan hafazan di surau kawasan rumah.

"Kawan-kawan yang yang lain semua darjah tiga (umur 9 tahun). Tak sangka dia berani sebab di rumah kalau suruh baca surah, asyik cakap malu.

"Ibu bangga nak," tulisnya.

 

 

Dalam video yang dikongsikan, kelihatan kanak-kanak perempuan itu membaca surah Al-Masad dengan penuh yakin dan tenang.

Aksi manis itu nyata mencuri perhatian ramai warganet, malah mendapat pujian kerana keyakinan serta kesungguhan kanak-kanak ini menonjol meskipun usianya masih muda.

Ruangan komen pula dipenuhi kata-kata positif dan doa daripada warganet.

Seorang pengguna Threads, yaneyfied, memuji kesungguhan kanak-kanak itu dan menasihati agar terus menghafaz surah dengan konsisten.

"Jangan putus, bagi dia terus hafaz lebih banyak. Slowly but surely… ini sangat jarang ditemui… permata kecil yang konsisten," tulisnya.

Seorang lagi warganet, faqiha_mutalib, menzahirkan rasa kagum terhadap kanak-kanak itu dan keluarga serta guru yang mendidik, dengan doa agar anak tersebut menjadi anak solehah yang berjaya dunia dan akhirat.

Sementara itu, jalina_jaapar turut menyatakan rasa terharu melihat anak-anak berani menimba ilmu sejak kecil, sambil menzahirkan penghargaan kepada ibu bapa dan guru yang mendidik dengan penuh kasih sayang.

Aksi berani dan yakin kanak-kanak tersebut bukan sahaja mencuit hati warga maya, malah menjadi inspirasi kepada ibu bapa lain untuk terus mendidik anak-anak menimba ilmu agama sejak usia muda. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram