SEORANG lelaki yang sedang melakukan kerja penambahbaikan Sungai Klang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan kepala air berhampiran Pintasan Saloma, Kuala Lumpur pada Isnin.
Berdasarkan laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.40 petang.
“Ketika itu terdapat pekerja penambahbaikan Sungai Klang di bawah. Apabila kepala air sampai, mereka semua tidak sempat menyelamatkan diri.
BACA LAGI: [VIDEO] Ibu maut, kanak-kanak 8 tahun masih hilang dihanyutkan kepala air di Sabah
“Daripada 13 pekerja di tempat kejadian, 12 berjaya diselamatkan iaitu tujuh warga Indonesia, empat warga Bangladesh dan seorang Melayu.
“Manakala seorang lelaki warga India yang memandu Pajero dipercayai masih hilang sehingga kini,” katanya.
Sehingga kini, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mengesan mangsa yang hilang.
Dalam video tular, kelihatan seorang lelaki berpaut kepada tebing Sungai Klang sementara sebuah kenderaan dipercayai Pajero dimaksudkan hanyut dibawa arus. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
