[VIDEO] 'Definisi sebenar cinta membara', lelaki tak sedar rambut terbakar ketika sambut ulang tahun bersama kekasih


  • Tular
  • Sabtu, 15 Nov 2025

Tangkap layar seorang lelaki menjadi perhatian ramai selepas rambutnya terbakar ketika mencium kekasihnya di sebuah restoran ketika menyambut hari ulang tahun mereka.

SETIAP pasangan ada cara mereka tersendiri setiap kali menyambut ulang tahun. Ada yang memilih makan malam romantik, ada yang menyiapkan kejutan manis, manakala sesetengahnya suka merakam detik bahagia sebagai kenangan.

Melalui video tular sejak Sabtu lalu, seorang lelaki menjadi perhatian ramai selepas rambutnya terbakar ketika mencium kekasihnya di sebuah restoran ketika menyambut hari ulang tahun mereka.

Difahamkan video yang dirakam sebagai kenangan itu bertukar menjadi momen lucu selepas ia dimuat naik oleh pengguna media sosial yang lain.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Saya doakan kakak jadi lebih kuat', Arif Aiman tunai impian santuni gadis sakit jantung kronik

BACA LAGI: Asbab keluar belikan ubat untuk isteri waktu malam, rezeki suami datang sekelip mata

Dalam kejadian yang berlaku di luar negara berkenaan, pasangan itu dilihat gembira menyambut hari istimewa sambil merakam detik manis mereka.

 

 

 

Kebahagiaan itu bertukar cemas apabila rambut lelaki berkenaan tersambar api tanpa disedari dan hanya disedari selepas ditegur seorang pekerja restoran, menyebabkan suasana berubah daripada momen manis kepada panik sekelip mata.

Dalam panik, lelaki itu segera memadamkan api dan bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Namun, momen lucu dan cemas itu jelas meninggalkan kesan yang sukar dilupakan.

Warga maya tidak ketinggalan memberikan reaksi mereka.

Malah, pengguna dailybunabun bergurau menyifatkan kejadian itu keghairahan sambutan percintaan hingga hampir menyebabkan insiden tidak diingini, tetapi pada masa yang sama menimbulkan kelucuan yang menghiburkan.

"Definisi sebenar cinta yang membara," katanya.

Kejadian itu sekali lagi membuktikan bahawa detik bahagia kadangkala boleh bertukar menjadi momen cemas dan lucu hanya dalam sekelip mata.

Bagi pasangan itu, sambutan ulang tahun kali ini pastinya akan menjadi kenangan yang tidak mudah dilupakan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram