Jual, guna peranti tanpa label MCMC boleh didenda maksimum RM300,000, dipenjara 3 tahun atau kedua-duanya sekali


  • Massa
  • Jumaat, 14 Nov 2025

Aplikasi Check Your Label oleh MCMC bolehkan pengguna menyemak ketulenan satu-satu peranti komunikasi.

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengingatkan para pemilik dan penjual premis peranti komunikasi mengenai kesan sekiranya menjual produk tanpa label agensi tersebut.

Hukuman denda tidak melebihi RM300,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan sekiranya didapati bersalah membuat kesalahan sedemikian.

Peringatan itu dibuat MCMC semasa melakukan jelajah ke 359 premis peranti komunikasi seluruh negara yang dimulakan sejak Jun 2024 sehingga November 2025.

BACA LAGI: Namewee hanya dibebaskan selepas laporan bedah siasat selesai — Polis

BACA LAGI: [VIDEO] Zus Coffee buat laporan polis staf diserang pelanggan, nafi berhentikan pekerja

Pemilik premis peranti komunikasi diberi keterangan mengenai pentingnya pemerakuan dan label oleh MCMC.

Tindakan tersebut membantu mereka untuk lebih memahami langkah yang diambil yang bertujuan memastikan peranti adalah selamat, tulen dan memetahui standard selain serasi dengan rangkaian dan tidak mengganggu frekuensi.

Sepanjang aktiviti ini dilaksanakan, para peniaga memberikan maklum balas yang sangat positif dan mereka menyatakan komitmen serta menyambut baik pendekatan turun padang MCMC dan akan memetahui keperluan dan pelabelan peranti komunikasi seperti yang ditetapkan.

Inisiatif itu menunjukkan komitmen berterusan MCMC untuk memastikan keselamatan pengguna terjamin serta memelihara integriti rangkaian komunikasi negara dengan memastikan hanya kelengkapan komunikasi yang mematuhi piawaian dijual di pasaran.

Para pengguna digalakkan untuk berbelanja dengan yakin, dengan hanya membeli peranti yang diperakui dan mempunyai label MCMC.

Semakan status pemerakuan boleh dilakukan oleh pengguna dengan memuat turun aplikasi Check Your Label (CYL) yang boleh didapati melalui Apple AppStore dan Google Play Store.

Pengguna hanya perlu memasukkan nombor Label ID MCMC, nombor IMEI atau nombor siri bagi mendapatkan status pemerakuan dan maklumat peranti untuk memastikan produk tersebut sah serta mematuhi standard yang ditetapkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram