[VIDEO] Pura-pura hendak beli barang kemas, pencuri larikan 40g emas depan mata jururawat di Kuala Muda


  • Tular
  • Khamis, 13 Nov 2025

Tangkap layar dari rakaman CCTV memaparkan pencuri yang melarikan barang perhiasan itu.

TULAR sebuah kejadian apabila seorang lelaki melarikan perhiasan emas seberat 40.98 gram (g) dari sebuah kedai sekitar Tikam Batu, Kuala Muda, Kedah pada Khamis.

Kejadian berjaya direkodkan kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan pencuri itu pada awalnya memegang perhiasan berbentuk seutas rantai tangan yang diserahkan jurujual.

Bagaimanapun, ketika penjaga kedai itu sedang mengambil perhiasan lain dalam rak pameran, individu berkenaan pantas melarikan diri berserta barang emas tersebut yang difahamkan berupa rantai tangan jenis sauh love.

BACA LAGI: [VIDEO] Rompakan gaya 'counterstrike', 10 lelaki bersenjata kebas barang kemas RM3.1 juta di Sungai Golok

BACA LAGI: [VIDEO] Cuma ‘bersenjatakan’ serbuk cili, perompak kedai emas cecah RM50,000 di Langkawi berjaya dicekup

Tindakan itu disedari dua jururawat yang merupakan pengunjung kedai tersebut serta jurujual yang bagaimanapun terlalu lewat untuk mengejar lelaki terbabit.

Rakaman terbabit kemudiannya dikongsikan di pelbagai platform media sosial dengan wajah lelaki terbabit turut dikongsikan bagi membantu usaha menjejakinya.

Dianggarkan, perhiasan emas berjaya dilarikan perompak itu bernilai melebihi RM20,000 berdasarkan harga emas semasa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan kejadian itu namun siasatan masih dijalankan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

"Kita menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 1.41 tengah hari tadi. Namun siasatan masih dijalankan setakat ini," katanya.  — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram