Tak sempat sampai puncak, bapa-anak perempuan antara 5 pendaki maut tertimbus salji tebal di Pergunungan Alps


  • Benua
  • Isnin, 03 Nov 2025

Helikopter digunakan untuk mencari mangsa yang tertimbus dalam salji tebal. — Agensi

LIMA pendaki warganegara Jerman termasuk bapa dan anak perempuan berusia 17 tahun dilaporkan maut ketika sedang cuba menawan Pergunungan Alps di sempadan Itali.

Dalam kejadian pada Sabtu, tiga pendaki, terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita bergerak secara berasingan terperangkap dalam aliran salji yang meluncur turun daripada gunung di wilayah South Tyrol, sempadan Switzerland.

Pasukan penyelamat Itali berkata, pihaknya menemukan mayat ketiga-tiga mangsa tertimbus sepenuhnya dalam timbunan salji tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Transformer rosak punca pasar raya meletup di Mexico, 23 termasuk kanak-kanak terkorban

BACA LAGI: Tembak Sungai Golok: Polis tak tolak kemungkinan bekas kiper Kelantan melarikan diri ke Malaysia

The site of the avalanche in South Tyrol, northern Italy

Sementara bapa dan anak perempuan yang dilaporkan hilang ketika Sabtu malam dengan pihak berkuasa tidak meletakkan harapan tinggi untuk menemui mereka dalam keadaan bernyawa.

Kedua-dua mangsa dilaporkan jatuh kira-kira 200 meter dengan mayat kedua-dua mangsa akhirnya ditemukan pada Ahad selepas misi mencari dan menyelamat dilakukan.

Pencarian tersebut dilakukan secara menyeluruh menggunakan dron, helikopter dan pengimejan haba.

"Mereka diseret sehingga ke lurah tempat runtuhan salji itu berlaku.

"Pasukan penyelamat kini sedang kembali ke lembah memandangkan keadaan cuaca di altitud tinggi semakin merosot," kata wakil pasukan penyelamat.

Runtuhan salji itu berlaku sekitar 4 petang pada hari Sabtu ketika para pendaki sedang menggunakan crampon dan kapak ais untuk mendaki puncak Cima Vertana, di banjaran gunung Ortler, pada ketinggian melebihi 3,500 meter (11,500 kaki).

Mereka dipercayai berada hanya beberapa ratus meter dari puncak pada masa kejadian, kata pasukan penyelamat, sambil menambah mempersoal tindakanpara pendaki masih cuba mendaki ke puncak pada waktu yang agak lewat. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram