[VIDEO] Kawasan belukar dekat UiTM Puncak Perdana terbakar


  • Kes
  • Rabu, 29 Okt 2025

Gambar tular memaparkan kawasan belukar berhampiran UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Perdana masih terbakar setakat pukul 7 malam Rabu..

KIRA-KIRA enam ekar kawasan hutan di Jalan Pulau Angsa U10/2, Taman Perdana Height, Puncak Perdana dekat Shah Alam, Selangor terbakar pada Rabu.

Turut tular beberapa video dan gambar memaparkan kawasan belukar berhampiran Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor Kampus Puncak Perdana masih lagi terbakar setakat pukul 7 malam.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan kejadian terbabit.

Katanya, JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.15 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong dikerahkan ke lokasi.

Komander Operasi, PBK II (KUP) Mohammad Fakrullah Abdul Manaf, berkata kebakaran pada awalnya melibatkan kawasan hutan seluas dua ekar, namun merebak kepada kira-kira enam ekar sebelum berjaya dikawal pada pukul 6.05 petang.

"Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya dan kerja-kerja pemadaman masih diteruskan.

"Setakat pukul 6.30 petang, 80 peratus kawasan berjaya dipadam manakala 20 peratus lagi masih dalam proses pemadaman,” katanya dalam kenyataan pada Rabu

Operasi turut dibantu anggota dari BBP Kapar dan BBP Sungai Buloh, dengan kekuatan seramai tujuh anggota serta empat jentera melibatkan tiga unit FRT dan sebuah water tanker dan tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam insiden itu.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram