Budak lelaki 6 tahun kena kelar dekat leher di Parit Raja kini stabil


  • Kes
  • Selasa, 28 Okt 2025

Budak lelaki itu dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail.

KANAK-KANAK lelaki berusia enam tahun yang cedera dikelar pada bahagian leher kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, mangsa masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat, Johor. 

BACA LAGI: MAINJ siasat ritual kuda kepang berunsur syirik di Batu Pahat

BACA LAGI: Kelong roboh akibat angin kencang, punca sebenar kematian pemancing dalam siasatan — Polis Batu Pahat

"Mangsa sudah boleh bercakap namun kami belum mengambil kenyataannya kerana dia masih belum pulih sepenuhnya," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Shahrulanuar bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana siasatan polis masih dijalankan.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah," katanya.

Terdahulu, ibu mangsa yang berusia 40 tahun membuat laporan polis pada Isnin memaklumkan bahawa anak bongsunya daripada tiga beradik itu mengalami kecederaan di bahagian leher.

Wanita itu berkata, dia menemui kejadian mengerikan itu sejurus bangun awal pagi Isnin di rumah mereka di Parit Raja di Batu Pahat. — The Star/MOHD FARHAAN SHAH

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram