The Beast guna Petronas, ramai bangga kenderaan perisai bawa Trump sokong jenama tempatan


  • Bisnes
  • Isnin, 27 Okt 2025

Gambar tular kenderaan The Beast yang dilihat sedang mengisi minyak di sebuah stesen Petronas. — Facebook

KENDERAAN rasmi Presiden Amerika Syarikat yang digelar The Beast, mencuri perhatian ramai apabila dilihat mengisi minyak di sebuah stesen Petronas semasa lawatan rasmi Donald Trump ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 baru-baru ini.

Gambar yang dikongsikan pengguna Facebook, Abu Ismail itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat tempatan, yang rata-rata menganggapnya sebagai satu isyarat simbolik kepercayaan terhadap jenama minyak nasional negara.

BACA LAGI: Dari kuih 3 sekawan hingga sambal hitam, Pekan Sehari nadi ekonomi komuniti Temerloh

BACA LAGI: Terima panggilan tapi senyap? Nombor anda mungkin sedang ‘dijejaki’ scammer

Menariknya, semasa lawatan bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia sebelum ini, The Beast dilaporkan mengisi minyak di Caltex, syarikat minyak berjenama Amerika Syarikat.

Perubahan kali ini dilihat bukan sekadar soal logistik, tetapi juga mencerminkan pengiktirafan terhadap keupayaan dan reputasi Petronas sebagai penyedia bahan api bertaraf dunia.

The Beast yang merupakan kenderaan perisai khas buatan General Motors, digunakan oleh Presiden Amerika Syarikat dalam setiap lawatan rasmi luar negara.

Berikut fakta mengenai The Beast:

1. Nama rasmi: Cadillac One atau The Beast

Direka khas oleh General Motors (GM) untuk perkhidmatan rahsia Amerika Syarikat (U.S. Secret Service).

2. Berat dan binaan:

Anggaran berat sekitar 8 tan (setara dengan bas mini).

Badannya diperbuat daripada lapisan keluli, aluminium, titanium dan seramik yang mampu menahan letupan bom dan tembakan senjata berat.

3. Ketebalan pintu:

Pintu setebal 8 inci dan seberat pintu Boeing 757.

Tertutup rapat dan kalis gas kimia sekali gus menjadikan bahagian dalam kenderaan seperti 'kubikel kalis bom bergerak'.

4. Cermin kalis peluru:

Cermin tingkapnya setebal 5 inci, mampu menahan peluru sniper berkaliber tinggi.

5. Tayar khas:

Diperbuat daripada bahan Kevlar, tahan peluru dan boleh terus dipandu walaupun pecah (run-flat tires).

6. Sistem bahan api dan enjin:

Menggunakan enjin diesel 8 silinder.

Tangki minyaknya dilapisi bahan buih khas yang mengelakkan letupan walaupun terkena tembakan.

7. Keselamatan perubatan:

Dilengkapi dengan beg darah jenis sama seperti Presiden untuk rawatan kecemasan.

Turut mempunyai peti pertolongan cemas, sistem oksigen, dan komunikasi satelit.

8. Pengiring dan kawalan:

Biasanya diiringi oleh konvoi 40 hingga 50 kenderaan, termasuk communications van, ambulans dan pasukan counter-assault.

9. Kos:

Anggaran harga bagi satu unit The Beast mencecah AS$ 1.5 juta hingga AS$ 1.8 juta (lebih RM7 juta–RM8 juta).

10. Versi terkini:

Generasi terkini The Beast diperkenalkan pada 2018, direka bentuk menyerupai Cadillac CT6.

Setiap versi dibina secara rahsia dengan spesifikasi yang tidak didedahkan sepenuhnya atas faktor keselamatan.

Kenderaan itu bukan sahaja mampu menahan serangan peluru dan bom, tetapi juga mempunyai sistem komunikasi terus ke Pentagon dan Rumah Putih sekali gus menjadikannya salah sebuah 'bilik kawalan bergerak' paling selamat di dunia.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram