CALON peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2025 dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan segera sekiranya terlibat dan terkesan dengan bencana alam, kata Kementerian Pendidikan.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, KPM memaklumkan bahawa calon juga boleh menghubungi bilik gerakan Lembaga Peperiksaan atau bilik operasi JPN bagi mendapatkan bantuan dan maklumat lanjut.
Kementerian menegaskan bahawa pihaknya sentiasa peka terhadap keselamatan serta kebajikan calon dan petugas peperiksaan dalam menghadapi kemungkinan berlakunya bencana alam khususnya banjir menjelang peperiksaan utama negara itu.
BACA LAGI: Hukuman rotan di sekolah wajar dikembalikan tapi bersyarat — PM Anwar
Bagi memastikan kelancaran urusan pengurusan dan pentadbiran peperiksaan SPM tahun ini, KPM akan bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Kementerian Kesihatan (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta agensi-agensi berkaitan yang lain.
“Kementerian sentiasa bersiap siaga dan komited melaksanakan langkah persediaan serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi memastikan peperiksaan SPM 2025 berjalan dengan lancar dan teratur.
“KPM turut berdoa agar semua calon dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan selamat,” katanya. — Majoriti
Sebarang pertanyaan diminta untuk menghubungi talian:
Lembaga Peperiksaan: 038889 3520, 03-8889 3551, 03-8889 3601
Perlis: 04-973 7632, 04-973 7631
Kedah: 04-740 4237 , 04-740 4235, 04-740 4247
Pulau Pinang: 04-263 1472
Perak: 05-501 5170, 05-501 5177, 05-501 5264
Selangor: 03-5518 6112
Negeri Sembilan: 06-765 3347
Melaka: 06-232 6467, 06-232 3780
Johor: 07-231 0049, 07-231 0050, 07-231 0051
Pahang: 09-571 5736
Terengganu: 09-621 3030
Kelantan: 09-744 1411
Sabah: 013-874 4187, 010-955 6458
Sarawak: 082-473 527, 082-473 519, 082-473 534
WP Labuan: 087-468 623
WP Putrajaya: 03-8889 0083
WP Kuala Lumpur: 03-6204 6180
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
