PERSARAAN membuka peluang menarik untuk meneroka minat baharu seperti melancong, mendalami hobi dan meluangkan lebih banyak masa berkualiti bersama insan tersayang.
Namun, memikirkan segala keputusan kewangan yang berkait dengannya terasa agak membebankan.
Sebelum meninggalkan alam pekerjaan, persoalan mengenai simpanan pencen, anuiti dan cukai semakin penting untuk difahami.
BACA LAGI: Ramai resah STR Fasa 4 masuk lambat, proses kredit dah 6 hari tapi bayaran belum nampak bayang
BACA LAGI: Integrasi MyDigital ID dalam aplikasi myPTPTN bantu urusan lebih selamat, efisien

Menangani perkara-perkara tersebut dari awal akan membolehkan anda menikmati masa persaraan kelak tanpa tekanan tambahan.
Bagi membantu memudahkan peralihan ini, pakar persaraan dari syarikat pelaburan dan pencen United Kingdom, Scottish Widows, berkongsi tiga soalan kewangan penting yang wajar diketahui sebelum melangkah ke fasa seterusnya dalam kehidupan.
1. Apakah gaya hidup persaraan yang realistik untuk saya?
Terdapat tiga profil standard kehidupan persaraan iaitu minimum, sederhana dan selesa berdasarkan perbelanjaan semasa tempoh persaraa.
“Ia mengambil kira faktor seperti berapa kerap anda menukar kereta, jenis percutian yang diinginkan, kos internet dan berapa banyak yang anda belanjakan untuk hadiah.
“Standard ini juga dibahagikan kepada tahap individu serta pasangan dan lazimnya lebih mudah dicapai bagi pasangan berbanding individu,” kata Robert Cochran.
Jika di Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja memulakan kerangka baharu Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan (RIA) yang membahagikan sasaran simpanan persaraan kepada tiga tahap — Simpanan Asas (Basic), Simpanan Mencukupi (Adequate) dan Simpnan Lebih (Enhanced)
Basic: kira-kira RM 390,000 untuk keperluan asas
Adequate: kira-kira RM 650,000 untuk standard kehidupan yang wajar
Enhanced: kira-kira RM 1.3 juta untuk gaya hidup lebih selesa
2. Adakah saya memahami implikasi cukai apabila bersara?
Terdapat pelbagai cara untuk mengakses simpanan pencen dengan setiap kaedah mempunyai implikasi cukai yang berbeza.
“Salah satu kesilapan paling biasa yang dilakukan oleh ramai orang ialah tidak mengambil kira cukai dengan secukupnya,” kata Cochran.
Implikasi ini juga berbeza bergantung pada negara tempat anda tinggal dan bersara.
3. Adakah saya mahu mengambil anuiti pencen? Jika ya, jenis yang mana?
Anuiti ialah pendapatan terjamin seumur hidup dan ia merupakan keputusan yang tidak boleh diubah selepas dibuat.
Terdapat pelbagai jenis anuiti dengan pelbagai jaminan, namun antara yang paling popular ialah anuiti ‘single life’ tanpa jaminan tambahan yang menawarkan pendapatan tertinggi.
Namun, Cochran menegaskan bahawa pilihan itu tidak semestinya yang terbaik, terutamanya bagi mereka yang sudah berkahwin.
“Ini kerana secara purata, wanita hidup lebih lama berbanding lelaki, manakala lelaki biasanya mempunyai jumlah simpanan pencen yang lebih besar.
Jadi, apabila seorang lelaki memilih anuiti ‘single life’ untuk mendapatkan pendapatan maksimum tanpa jaminan, pasangan mungkin tidak menerima apa-apa daripada dana tersebut jika dia meninggal dahulu.
“Sebab itu amat penting untuk pasangan berbincang bersama," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
