Bagai bercuti di resort mewah, Johor pilihan wanita Singapura berpantang lepas bersalin


  • Bisnes
  • Jumaat, 24 Okt 2025

Di Minka Postpartum Care di Johor Bahru, Stella Lee diajar cara memandikan dan menjaga bayi. — CNA/ Stella Lee

TERTARIK dengan kos lebih rendah yang ditawarkan pusat rawatan yang memiliki kepakaran khusus menjaga bayi mendorong lebih ramai ibu bapa dari Singapura memilih Johor untuk berpantang selepas bersalin.

Beberapa pusat penjagaan berpantang di Johor seperti dilaporkan CNA, menerima peningkatan pelanggan dari Singapura, malah jumlahnya melonjak dua kali ganda berbanding sebelum pandemik.

Di Singapura, kebanyakan pasangan lazimnya mengupah pengasuh (nanny), kebanyakannya dari Malaysia bagi menyediakan makanan berkhasiat, menjaga bayi serta mengajar ibu bapa cara menguruskan anak mereka.

BACA LAGI: Emas dijangka alami pembetulan harga, ada yang 'panic-selling' tapi ramai pilih tambah simpanan

BACA LAGI: Ramai resah STR Fasa 4 masuk lambat, proses kredit dah 6 hari tapi bayaran belum nampak bayang

Nurseri bayi (kiri) dan salun rambut yang terdapat di LYC Mother & Child Centre di Johor Bahru. — CNA/ LYC Mother & Child Centre

Tiada keperluan latihan formal ditetapkan untuk pekerja dalam bidang terbabit dengan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) memaklumkan, perkhidmatan sedemikian tidak dikawal selia di Singapura disebabkan ia berada dalam sektor tidak formal.

Sebagai alternatif kepada pengasuh dan confinement lady (CL) yang tinggal bersama ibu, satu pilihan lain yang semakin mendapat sambutan dalam kalangan pasangan di Singapura ialah pusat penjagaan berpantang (confinement centres).

Pusat berkenaan merupakan kemudahan yang menempatkan pasukan petugas profesional bagi membantu ibu bapa serta bayi baharu lahir.

Walaupun ada di Singapura, Malaysia kini menyaksikan peningkatan ketara dalam populariti pusat penjagaan berpantang, dengan ada ibu menggambarkan pengalaman mereka di situ seperti percutian di resort.

Sebahagian besar pusat berpantang di Malaysiaberoperasi sejak 2012, menurut satu kajian tempatan yang diterbitkan tahun lalu mengenai trend industri dan faktor pertumbuhan pusat penjagaan selepas bersalin di negara ini.

Kom Hui Wen memilih LYC Mother & Child Centre di Johor Bahru untuk berpantang anak kedua yang lahir pada September lepas. — CNA / IG huiwen_stcouple

Kajian tersebut, yang disiarkan dalam International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, menyenaraikan Malaysia sebagai antara negara yang banyak mempunyai pusat penjagaan berpantang, seiring dengan China, Korea Selatan dan Taiwan.

Di Johor, beberapa pengusaha memaklumkan bahawa minat pasangan Singapura yang mencari alternatif lebih murah di luar negara kini mengatasi permintaan daripada warga tempatan.

Di Malaysia, pakej berpantang selama 28 hari biasanya berharga antara RM18,888 (S$5,788) hingga RM40,000, manakala pakej serupa di Singapura boleh mencecah melebihi S$15,888 (AS$12,360) atau kira-kira (RM51,700), menurut laman web seperti SassyMama dan HoneyKids yang menyenaraikan kadar harga pusat berpantang di Singapura.

Kesemua pusat berpantang di Johor ini terletak kurang daripada 30 minit pemanduan dari Pusat Pemeriksaan Woodlands atau Tuas, jika tidak berlaku kesesakan trafik.

Joey Chai antara warga Singapura yang memilih berpantang di Lullabe Postnatal Care di Johor Bahru. — CNA/ Joey Chai

Sebagai perbandingan, penjaga berpantang yang tinggal bersama keluarga di Singapura mengenakan bayaran sekurang-kurangnya S$3,000 (RM9,762) sebulan, namun pasangan perlu menyediakan ruang selesa termasuk tilam kepada mereka. 

Harga akan meningkat untuk penjaga yang lebih berpengalaman atau mendapat permintaan tinggi.

Di sebalik faktor kos dan kemudahan yang ditawarkan, pakar penjagaan selepas bersalin memberi peringatan, terdapat risiko keselamatan yang perlu dipertimbangkan golongan ibu.

Menurut beberapa pakar obstetrik dan ginekologi yang ditemu bual CNA, perjalanan jauh selepas bersalin boleh menjejaskan kesihatan ibu dan bayi, terutama sekiranya berlaku sebarang komplikasi.

Dalam budaya Asia, amalan berpantang adalah tempoh pemulihan selepas melahirkan anak yang mana ibu biasanya berehat selama sebulan atau lebih, dibantu penjaga khas atau ahli keluarga terdekat. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram