[VIDEO] Dilabel kuno hanya kerana capaian internet teruk, komuniti Mersing ceritakan pentingnya nilai masyarakat


  • Massa
  • Rabu, 22 Okt 2025

Sesetengah indivdiu berpandangan Mersing tidak cukup maju kerana masalah capaian Internet.

TINDAKAN pengguna Threads yang melabel perkampungan di Mersing, Johor sebagai kuno kerana capaian Internet mencetuskan perdebatan hangat di media sosial.

Pemilik akaun itu dipercayai sedang bercuti di daerah berkenaan, namun berasa kurang senang disebabkan keadaan rumah penginapan, jalan sempit dan beberapa isu lain.

Masalah demi masalah terbabit membuatkan pengguna tersebut melabel Mersing sebagai kuno dan berpandangan serong akan pemilihannya sebagai Tahun Melawat Malaysia 2026.

BACA LAGI: 'Memang kawasan kemalangan', ibu maut, anak antara 7 cedera di Mersing

BACA LAGI: Mahu bersantai 'port best' di Mersing? Felda Residence Tanjung Leman lengkapkan percutian anda

Tindakan pengguna Threads melabel Mersing sebagai kawasan kuno tidak boleh diterima.

Tampil mempertahankan daerah itu ialah penduduknya yang menyatakan keakraban masyarakat terbabit, terutamanya ketika membaiki jeti nelayan dengan urusan tersebut dianjurkan saban tahun.

Kisah itu dikongsikan di akaun Threads Mersing Snorkelicious yang memuat naik video memaparkan suasana penduduk setempat sepanjang bekerjasama di kawasan berkenaan.

"Mersing, tempat di mana kami belajar bahawa kesederhanaan dan persahabatan itu sejiwa. Tiada gedung tinggi, tiada gemerlap moden. Hanya angin laut yang jujur dan tawa sahabat yang ikhlas.

"Di antara ombak dan senja, kami temui bahagia yang tidak perlu dicari jauh cukup di sini, bersama mereka yang tahu menghargai sederhana," katanya.

Dalam video berkenaan, kelihatan penduduk berkumpul untuk membaiki jeti terbabit tanpa menggunakan jentera berat kerana kerjasama sudah cukup dalam melakukan kerja-kerja itu.

Malah, selepas gotong-royong tersebut selesai, mereka yang terlibat turut berkumpul dan menikmati juadah berkonsepkan kampung bersama-sama dengan ia membuktikan kesaksamaan antara satu sama lain.

Ukhwah sedemikian sepatutnya dihargai orang ramai yang pasti merindui suasana sebegitu apabila sibuk dengan suasana bandar yang tidak lagi dapat menjanjikan kemeriahan sepertinya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram