Kes tikam di sekolah Bandar Utama: Suspek cuma angguk faham dituduh bunuh


  • Kes
  • Rabu, 22 Okt 2025

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang remaja perempuan di sebuah sekolah di Bandar Utama dekat Petaling Jaya, Selangor minggu lalu.— Gambar hiasan janaan Ai

SEORANG pelajar lelaki berusia 14 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang remaja perempuan di SMK Bandar Utama 4, dekat Petaling Jaya, Selangor minggu lalu.

Tertuduh hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amira Sariaty Zainal.

Remaja itu didakwa membunuh pelajar perempuan berusia 16 tahun di tandas perempuan sekolah berkenaan pada pukul 9 pagi, 14 Oktober lalu.

BACA LAGI : Pelajar perempuan Tingkatan 4 maut ditikam pelajar lelaki 14 tahun di PJ

BACA LAGI : 'Anak saya ditikam 200 kali', ibu pelajar maut rayu hentikan sebar cerita palsu

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

Prosiding pendakwaan terhadap tertuduh dijalankan secara tertutup di Mahkamah Majistret. 

Tindakan itu selaras dengan peruntukan Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kes melibatkan tertuduh bawah umur.

Dalam kejadian pada 14 Oktober lalu, mangsa, Yap Shing Xuen ditemukan maut akibat ditikam di tandas perempuan sekolah berkenaan.

Susulan kejadian, pihak polis menahan seorang suspek serta merampas dua bilah pisau dan sebilah kerambit bagi membantu siasatan. — The Star/TEH ATHIRA YUSOF

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram