
SEORANG lelaki yang dilaporkan hilang selama enam hari di Kalabakan, Tawau, Sabah berjaya ditemui pada Selasa.
Khairul Saharin, 31, ditemukan pada pukul 7.43 pagi ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung semula.
Menurut Komander Operasi, Khalik Ali, mangsa ditemui dalam keadaan lemah dan trauma.
BACA LAGI: [VIDEO] Kes bunuh 2 beranak di Juru: Motif pembunuhan masih belum jelas — Polis
BACA LAGI: [VIDEO] Suami 2 beranak mati dibunuh di Juru direman 7 hari bantu siasatan polis
"Khairul dibantu keluar dari kawasan hutan dan diberikan pemeriksaan perubatan awal sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Kalabakan untuk rawatan lanjut," katanya.
Difahamkan, Khairul keluar berkhemah, memancing dan mencari hasil hutan bersama sepupunya di kawasan hutan Batu 32, sepanjang jalan Kalabakan–Maliau Basin pada 14 Oktober lalu.
Namun, mereka terpisah ketika dalam perjalanan pulang ke tapak khemah.
Sepupunya menunggu sehari dengan sangkaan Khairul akan muncul semula.
Selepas Khairul gagal kembali dan panggilan telefonnya tidak dijawab, laporan polis dibuat pukul 8.55 malam keesokan harinya.
Difahamkan, keadaan Khairul kini stabil namun doktor masih memantau keadaannya kerana dia ditemui dalam keadaan kekurangan air, lapar dan lemah. — The Star/STEPHANIE LEE
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram