[VIDEO] Pemandu 4X4 maut dihempap pokok tumbang di Batang Kali


  • Kes
  • Isnin, 20 Okt 2025

Keadaan pacuan empat roda yang dihempap pokok tumbang di Batang Kali hingga menyebabkan pemandunya maut. — Facebook/JBPM Selangor

SEORANG lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya dihempap pokok tumbang di Jalan Batang Kali, Hulu Selangor, susulan hujan lebat yang melanda awal petang Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan  kecemasan mengenai kejadian tersebut pada pukul 2.14 petang.

Beliau berkata, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu segera dikejarkan ke lokasi kejadian.

BACA LAGI: [VIDEO] Kes bunuh 2 beranak di Juru: Motif pembunuhan masih belum jelas — Polis

BACA LAGI: [VIDEO] Sejuk perut ibu mengandung, anak ‘hilang’ rupanya sibuk belajar ambil wuduk di bilik mandi

“Komander Operasi melaporkan sebatang pokok tumbang menghempap sebuah kenderaan pacuan empat roda yang melibatkan seorang mangsa lelaki Melayu dipercayai telah meninggal dunia.

“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Terdahulu, hujan lebat berterusan sejak sekitar pukul 2 petang menyebabkan beberapa kawasan di Lembah Klang dan Selangor dilaporkan mengalami kejadian pokok tumbang serta banjir kilat. — The Star/JUSTIN ZACK

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram