
SEBUAH kereta Proton Saga terlibat kemalangan sebelum terjunam ke dalam Sungai Panchor di pekan Pagoh dekat Muar, Johor pada Isnin.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Pegawai Bomba Kanan I, Nor Alfatah Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 2.47 petang.
Susulan itu seramai 14 anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah lori tiga tan, sebuah Nissan Navara dan sebuah bot fiber dikejarkan ke tempat kejadian yang jaraknya lima kilometer.
BACA LAGI: [VIDEO] Trak terjunam gaung di Terowong Menora, seorang tentera terkorban
BACA LAGI: [VIDEO] Mangsa mesin padi terjunam ke sungai ditemui tidak bernyawa di Kampung Sanglang
“Mereka turut dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPD) dari BBP Muar. Kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna hitam terjunam dalam sungai akibat kemalangan.
“Maklumat daripada saksi di tempat kejadian terdapat mangsa masih dalam kenderaan dipercayai pemandu kereta tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Dalam perkongsian yang kini tular di media sosial, kelihatan sebuah Perodua Saga terjunam ke dalam sungai dengan orang ramai mengelilingi kawasan berkenaan.
"Ada kereta jatuh sungai bersama suami isteri. Katanya baru lepas makan di Kedai Juki, kereta dah tenggelam dalam sungai bersama dua orang," tulis pengguna menerusi Kelab Info Malaysia.
Ketika ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa masih lagi sedang dilakukan dan identiti dan jumlah sebenar mangsa berada dalam kenderaan terbabit setakat ini masih belum diketahui. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram