[VIDEO] Trak terjunam gaung di Terowong Menora, seorang tentera terkorban


  • Kes
  • Rabu, 01 Okt 2025

Seorang anggota ATM maut selepas trak tentera terbabas dan terjunam ke dalam gaung berhampiran Terowong Menora di Lebuhraya Utara-Selatan, Kuala Kangsar. — Bomba Perak

SEORANG anggota Tentera Darat Malaysia maut selepas lori yang dinaikinya terbabas dan terjunam ke dalam gaung di KM257 arah utara Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora, Kuala Kangsar, Perak.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan selepas dikeluarkan dari kenderaan yang remuk pada kira-kira pukul 5.55 petang Rabu (1 Oktober).

BACA LAGI: Hampir seminggu bertarung nyawa, budak parah ditukul penagih dadah di Bachok meninggal dunia

BACA LAGI: Kepala dan paha manusia ditemukan dalam perut buaya selepas 4 hari dibaham di Sungai Semanok

"Kami menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 5.35 petang.

"Lima individu telah pun diselamatkan sebelum pasukan kami tiba di lokasi, manakala dua lagi ditemui tersepit di dalam kenderaan.

"Daripada dua yang tersepit, mangsa merupakan yang pertama dikeluarkan, manakala seorang lagi berjaya diselamatkan sekitar pukul 6.15 petang sebelum dihantar ke Hospital Taiping.

"Lima yang diselamatkan lebih awal pula dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan," katanya dalam satu kenyataan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram