Caruman sukarela KWSP lebih tinggi dengan insentif cukai jadi 'top wish' Belanjawan 2026


  • Bisnes
  • Khamis, 09 Okt 2025

Seramai 58 peratus responden mahu kerajaan membenarkan sumbangan sukarela yang lebih tinggi ke akaun KWSP dengan pengecualian cukai. — Gambar hiasan

CARUMAN sukarela lebih tinggi ke dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan pengecualian cukai merupakan antara perkara paling diharapkan rakyat daripada Belanjawan 2026.

Berdasarkan tinjauan The Star Budget 2026 Poll, rata-rata juga mahu subsidi penjagaan di rumah bagi keluarga yang menjaga warga emas terlantar selain lebih banyak tempat untuk pelajar cemerlang di matrikulasi dan institusi pengajian tinggi.

Sepanjang seminggu dijalankan, tinjauan berkenaan menerima 703 maklum balas, melibatkan lima soalan berkaitan pelbagai topik termasuk simpanan persaraan, pendidikan, penjagaan kesihatan, penuaan dan sokongan kepada ibu bekerja.

BACA LAGI: Ng Wei Wei, Nurul A’in antara 4 'lady boss' tersenarai dalam Fortune’s Most Powerful Women Asia 2025

BACA LAGI: INTERAKTIF: Dari biru cerulean hingga pink, ini warna baju Melayu pilihan pembentang belanjawan sejak 1998

Visitors visiting the booth after launching the Heart day celebration in conjunction with the

Ramai mahu masa menunggu di hospital kerajaan dapat dikurangkan menerusi pembentangan Belanjawan 2026. — Gambar hiasan / AZMAN GHANI/The Star

Simpanan persaraan

Bagi langkah terbaik memperkukuh simpanan persaraan, 58 peratus responden mahu kerajaan membenarkan sumbangan sukarela yang lebih tinggi ke akaun KWSP dengan pengecualian cukai.

Sementara itu, 20 peratus mencadangkan agar pengeluaran pra-persaraan dihadkan bagi mengekalkan simpanan dan 16 peratus pula menyarankan usia persaraan dinaikkan.

Sokongan kepada ibu bekerja

Untuk membantu ibu kembali bekerja selepas bersalin, 44 peratus responden mahu lebih banyak insentif diberikan kepada syarikat yang menyediakan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja.

Penjagaan kesihatan

Dalam aspek penjagaan kesihatan, 34 peratus responden berharap kenaikan premium insurans kesihatan dapat dikawal, manakala 32 peratus mahu lebih ramai doktor dan jururawat diambil serta gaji mereka dinaikkan.

Selain itu, 27 peratus responden menyatakan keutamaan mereka ialah mengurangkan masa menunggu di hospital kerajaan.

Penjagaan warga emas

Apabila ditanya mengenai langkah penjagaan warga emas yang wajar diberi keutamaan dana kerajaan dalam Belanjawan 2026, kebanyakan responden mencadangkan supaya lebih banyak rumah jagaan warga emas berkualiti dan mampu milik diwujudkan.

PIX for elder abuse's story.AZHAR MAHFOF/The Star

Responden turut mengharapkan lebih banyak rumah jagaan warga emas berkualiti dan mampu milik dapat diwujudkan. — Gambar hiasan / AZHAR MAHFOF /The Star

Seorang lagi responden mencadangkan program kerajaan menghantar petugas kesihatan ke rumah warga emas atas permintaan, bagi menyediakan rawatan perubatan dan penjagaan peribadi.

“Langkah ini akan menyokong konsep ‘penuaan di tempat sendiri’, mengurangkan beban hospital, dan meringankan tanggungjawab keluarga yang kerap perlu menghantar warga emas mendapatkan rawatan,” katanya.

Cadangan lain bagi penjagaan kesihatan

Bagi keutamaan utama meningkatkan sistem kesihatan awam, beberapa responden menyarankan naik taraf kemudahan dan peralatan hospital, serta mengekalkan doktor dan jururawat sedia ada dengan menawarkan gaji lebih baik.

Seorang responden turut mencadangkan masa kerja yang dihadkan secara berjadual bagi menjaga kebajikan petugas kesihatan.

“Waktu kerja yang dikawal boleh memastikan tenaga kerja perubatan kekal fokus dan memberikan rawatan yang selamat serta berkualiti tinggi.

Langkah tersebut juga dapat mengurangkan risiko keletihan, tekanan dan ‘burnout’, sekali gus mengekalkan sistem penjagaan kesihatan yang lestari dan berdaya tahan,” ujarnya.

Akses pendidikan berkualiti

Apabila ditanya bagaimana kerajaan boleh meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti untuk semua pelajar Malaysia, 53 peratus responden bersetuju bahawa lebih banyak tempat perlu ditawarkan kepada pelajar cemerlang untuk program matrikulasi.

Mereka juga mahu lebih ramai pelajar berprestasi tinggi diberikan peluang mengikuti kursus pilihan pertama di universiti awam. — The Star YUEN MEIKENG

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram