
KETUA Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar memberi bayangan bahawa Belanjawan Madani 2026 yang bakal dibentangkan nanti bakal membawa berita baik bukan sahaja untuk penjawat awam, tetapi juga untuk seluruh rakyat Malaysia.
Beliau berkata, pengumuman rasmi akan dibuat semasa pembentangan belanjawan di Parlimen pada Oktober ini.
"Pasti ada berita baik... tetapi saya tidak boleh kongsikan lagi.
"Buat penjawat awam, untuk seluruh rakyat, ini kerajaan Madani – kerajaan yang baik dan prihatin terhadap rakyat," katanya.
BACA LAGI: Pinjaman peribadi punca ramai bankrap, Selangor, KL dan Johor rekod kes paling tinggi
Shamsul Azri berkata, Belanjawan Madani 2026 bakal membawa berita baik untuk seluruh rakyat Malaysia.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Penyelidikan Tadbir Urus, Integriti dan Anti Rasuah Kebangsaan kali ke-4 di Petaling Jaya, pada Khamis (18 September).
Belanjawan 2026 dijadualkan untuk dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat pada 10 Oktober ini.
Terdahulu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan agar mempertimbangkan pemberian bonus satu bulan gaji kepada penjawat awam dalam belanjawan akan datang.
Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat, berkata bonus seumpama itu kali terakhir diberikan pada tahun 2012, dan langkah tersebut wajar dipertimbangkan semula mengambil kira kos sara hidup yang semakin meningkat serta sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan penjawat awam. — The Star/ LO TERN CHEN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram