
SEORANG lagi mangsa yang terbabit dalam kemalangan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang, Selangor Sabtu minggu lalu meninggal dunia pada Ahad.
Mangsa, Mohd Hafizi Anuar, 48, dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 11 pagi Ahad di Hospital Kajang.
Adik mangsa, Mohd Haswad Anuar, 42, berkata, abangnya sebelum ini menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Kajang selepas kejadian tersebut.
BACA LAGI: Punca kematian pelajar SMS Johor akibat pendarahan dalaman otot pinggul — Polis Ipoh
BACA LAGI: Rejim dakwa tiada bekalan kemanusiaan dalam 40 bot GSF
"Saya sahkan abang saya sudah meninggal dunia selepas menerima rawatan. Allahyarham meninggalkan dua cahaya mata.
"Jenazahnya dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Raja Uda, Klang," katanya lapor Berita Harian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof mengesahkan maklumat tersebut.
"Mangsa berusia 48 tahun adalah penjawat awam disahkan meninggal dunia pada pukul 11 pagi, hari ini. Jenazah mangsa akan diserahkan kepada keluarga selepas proses bedah siasat dijalankan.
"Ini menjadikan dua mangsa maut dalam kejadian ini. Siasatan berhubung kemalangan terbabit diteruskan," katanya.
Mohd Hafizi, kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Shah Alam merupakan penumpang dalam kenderaan jenis Nissan X-Trail.
Ketika kejadian, Mohd Hafizi dan seorang lagi kakitangan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal JKR baru sahaja selesai tugasan di Penjara Kajang dan dalam perjalanan pulang ke pejabat di Shah Alam.
Dalam kejadian itu, seorang bayi maut, manakala lapan individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang selepas dirempuh sebuah lori di kawasan berkenaan. — The Star/JUSTIN ZACK
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram