
BILIONAIR terkenal, Elon Musk kini semakin hampir untuk mencatat sejarah sebagai manusia pertama bergelar trilionair, selepas kekayaan bersihnya mencecah paras AS$500 bilion (RM2.10 trilion), menurut laporan Forbes pada 1 Oktober.
Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan SpaceX itu mencatatkan peningkatan kekayaan hasil lonjakan semula saham Tesla serta beberapa keuntungan lain, walaupun sebelum itu ia pernah terjejas akibat penglibatannya dalam politik.
Nilai bersih kekayaan Musk, 54, dilaporkan mencapai AS$500.1 bilion sebelum turun sedikit kepada AS$499.1 bilion (RM2.09 trilion) berdasarkan penjejak 'Real-Time Billionaires' Forbes.
BACA LAGI: 'Cash out' BNPL konon nak pegang tunai dalam tangan tapi jalan pintas ke lubang hutang
BACA LAGI: Model stokis-ejen dah lapuk, 'founder' bisnes sezaman Sabella, Hasnuri kongsi punca bisnes merudum
Senarai itu turut meletakkan Ketua Pegawai Eksekutif Oracle, Larry Ellison di tempat kedua dengan AS$350.7 bilion (RM1.47 trilion), diikuti Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg dengan AS$245.8 bilion (RM1.03 trilion).
Musk, kelahiran Afrika Selatan, mengumpul jutaan pertama apabila menjual syarikat perisian penerbitan dalam talian kepada Compaq pada 1999 dengan nilai lebih AS$300 juta.
Beliau kemudian membangunkan syarikat yang bergabung dengan PayPal, sebelum menubuhkan SpaceX pada 2002 dan menyertai Tesla, pengeluar kenderaan elektrik, pada 2004 sebagai pengerusi. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram