[VIDEO] Nahas 7 kenderaan, bomba guna kren keluarkan mangsa maut tersepit bawah treler di Batu Pahat


  • Massa
  • Selasa, 30 Sep 2025

Nahas dipercayai berlaku selepas sebuah treler terbabas dan merempuh beberapa kenderaan lain di hadapannya.

SEORANG lelaki warga Pakistan maut selepas tersepit di bawah treler dalam satu kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Jalan Kluang–Batu Pahat, berhampiran Masjid Sabak Uni, Johor pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 pagi itu, mangsa berusia 43 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat tersepit, manakala beberapa mangsa lain yang cedera dikejarkan ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.

Nahas dipercayai berlaku apabila sebuah treler terbabas lalu merempuh beberapa kenderaan lain di hadapannya.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Datang negara orang hormat undang-undang', pelancong asing dikesan tidak pakai helmet, jangan ada 'double standard'

BACA LAGI: [VIDEO] Pusingan U haram: Pemandu treler tersalah masuk jalan, langgar kereta parkir — Polis Sungai Buloh

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Hafizul Adzrin, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.06 pagi.

“Kemalangan membabitkan tujuh kenderaan iaitu sebuah treler, dua lori, tiga kereta dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV). Treler itu dilaporkan terbabas dan merempuh kenderaan lain di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Katanya dalam operasi itu, bomba terpaksa mendapatkan bantuan kren bagi mengalih treler, sekali gus mengeluarkan mangsa tersepit.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” tambahnya.

Katanya, dalam nahas itu, enam mangsa cedera manakala empat mangsa termasuk pemandu treler selamat. — Majoriti 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram