[VIDEO] 'Tangkap saja kalau buat hal', wanita Indonesia malu perangai kurang ajar 'content creator' di Malaysia


  • Tular
  • Rabu, 24 Sep 2025

Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki memegang sebongkah batu bata sambil berjalan di tengah-tengah laluan pejalan kaki di Bukit Bintang.

TULAR di media sosial aksi dua individu dipercayai content creator warga Indonesia yang didakwa cuba mengganggu ketenteraman awam di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Dalam video berdurasi 24 saat itu, salah seorang daripada mereka dilihat memegang sebongkah batu bata sambil berjalan di tengah-tengah laluan pejalan kaki selepas lampu isyarat bertukar hijau.

Lebih mengejutkan, lelaki berkenaan turut dilihat cuba menakut-nakutkan orang ramai dengan gaya seolah-olah mahu membaling batu bata tersebut, walaupun akhirnya tidak berbuat demikian.

BACA LAGI: [VIDEO] Lubang benam sedalam 50 meter 'telan' kereta depan hospital di Bangkok, disyaki berkait projek laluan tren bawah tanah

BACA LAGI: 'Kami tahu penyokong kecewa’, bek Selangor harap aksi lawan Tampines Rovers pengubat hati fans

Tindakan tidak bertanggungjawab itu sekali gus mengundang kecaman warga maya yang beranggapan ia sebagai satu bentuk ancaman terhadap keselamatan awam, apatah lagi dilakukan di lokasi tumpuan pelancong.

Insiden berkenaan turut mengundang reaksi daripada warga Indonesia sendiri yang menyelar tindakan biadab dua individu terbabit serta menyokong jika pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka.

“Saya orang Indonesia, kalau memang mereka buat hal tak elok, tangkap saja. Buat malu dan kurang ajar,” kata Mentari Senja.

“Jangan buat hal dekat negara orang. Walaupun aku orang Indonesia, aku sokong polis kalau nak tangkap orang macam korang ni,” kata Youngly Youngly pula.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung insiden tersebut, manakala tarikh dan masa sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram