Simulasi jatuh arwah Zara Qairina di asrama perempuan pakai 2 patung berat air


  • Kes
  • Khamis, 11 Sep 2025

Asrama perempuan (bangunan kiri) di SMKA Tun Mustapha di Papar lokasi Zara Qairina ditemui tak sedarkan diri pada 16 Julai. — The Star

SATU lagi simulasi jatuh dijalankan di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha dekat Papar, Sabah pada pagi Khamis (11 September) sebagai sebahagian daripada inkuiri kematian arwah Zara Qairina Mahathir.

Peguam bagi salah seorang remaja yang dituduh, Datuk Ram Singh menjelaskan bahawa berbanding menggunakan batu bata, kedua-dua patung tersebut berisi air bagi menandingi berat badan Zara Qairina iaitu 53 kilogram (kg).

Simulasi yang bermula pada pukul 9.30 pagi itu mengambil masa tiga jam untuk diselesaikan.

BACA LAGI: [VIDEO] Cubaan curi kabel gagal, lelaki terperangkap dekat tiang landasan MRT TTDI

BACA LAGI: Simulasi guna patung jatuh kaki dahulu, menyamai petunjuk siasatan awal inkues Zara Qairina

Lawyers Joan Goh (left) and Datuk Ram Singh (second from right) with the mannequin before the Coroner court proceeding in Kota Kinabalu

Patung yang digunakan dalam simulasi sebelum ini. — The Star 

Kira-kira 60 orang hadir pada simulasi itu termasuk koroner Amir Shah Amir Hassan, wakil-wakil guaman, polis, saksi, pakar patologi forensic, Dr Jessie Hiu, penyiasat lokasi kejadian Inspektor Maidon Bernadus dan kakitangan sekolah.

“Memang benar patung tidak boleh meniru sepenuhnya ketumpatan, daya atau kelajuan manusia, tetapi ia membantu menunjukkan titik impak,” kata Maidon.

Beliau menyebut bahawa demonstrasi terbaru itu turut melibatkan anggota bomba dan penyelamat yang memakai abah-abah.

Katanya, simulasi itu juga termasuk adegan memegang jeriji tergantung, yang disebut oleh Dr Jessie semasa hari kedua inkues bahawa Zara Qairina mungkin menggunakannya untuk bergayut sebelum jatuh ke tempat dia ditemui.

Ram berkata, jarak antara ketinggian tingkat tiga dan tempat Zara Qairina ditemui adalah 10 meter.

"Peguam diberi peluang untuk menjelaskan sebarang keraguan dan persoalan.

"Semua kemungkinan juga sudah diterokai. Untuk sebarang jenayah serius, locus in quo (tempat kejadian) adalah penting," katanya.

Menurutnya, beliau juga melihat dua mesin basuh jenis muatan atas (top-loader), 7.5 kilogram ketika lawatan berkenaan.

Ram berkata, prosiding inkues akan disambung pada pukul 3 petang.

Pada 3 Ogos, simulasi serupa yang diketuai oleh Maidon dijalankan menggunakan patung setinggi 180 cm, iaitu 27 sentimeter lebih tinggi daripada Zara, dan bata yang dilekatkan di pinggang patung menggunakan pita pelekat.

Patung rosak itu yang ditunjukkan di mahkamah semalam turut dibawa ke lokasi kejadian.

Simulasi dilakukan oleh Maidon sebelum ini hanya menggunakan satu patung untuk dua jenis jatuhan berbeza, iaitu satu dengan 'tolakan minimum' oleh empat orang, dan satu lagi tanpa sesiapa yang menolak dari belakang. — The Star/ SANDRA SOKIAL

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram