
SIASATAN ke atas aset milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih diteruskan, jelas Tan Sri Azam Baki.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan luar negara untuk memperoleh maklumat lebih mendalam.
"Siasatan ke atas Dr Mahathir sedang berlangsung dan kami masih memperoleh maklumat, terutamanya daripada pihak berkuasa di United Kingdom (UK) berkaitan aset berkaitan dengan beliau," katanya.
BACA LAGI: Galeria Sri Perdana tarik peminat sejarah, kembali hidupkan nostalgia Tun M
BACA LAGI: Tun Dr Mahathir mohon maaf
Azam (tengah) menyatakan SPRM sudah mengadakan kerjasama dengan pihak berkuasa asing untuk menyiasat kes tersebut.
"Sejurus sahaja maklumat itu diperoleh, kami akan memaklumkannya kepada orang awam," kata Azam dalam satu sesi sidang media di Putrajaya pada Selasa.
Siasatan ke atas aset milik Dr Mahathir mencuri perhatian awam selepas dia menjadi antara individu diarah mengisytiharkan aset kepada SPRM.
Beliau bagaimanapun sudah berkali-kali menafikan dakwaan kononnya memiliki kekayaan melampau dengan menyatakan dakwaan tersebut hanyalah berunsurkan serangan politik. — The Star/FARIK ZOLKEPLI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram