Sewa stor, tapak glamping antara bisnes Uncle Sam makin laku di Malaysia


  • Bisnes
  • Jumaat, 05 Sep 2025

Sewaan ruang stor dan tapak khemah antara bisnes dari AS yang semakin popular di Malaysia. — Gambar hiasan/ Cube Storage & Himalaya Camp

APABILA sebut tentang bisnes di sebalik individu bergelar jutawan, ramai bayangkan teknologi canggih, startup unicorn atau pelaburan saham. 

Hakikatnya, ramai orang kaya terutamanya di Amerika Syarikat memilih model perniagaan 'boring', namun menjana pendapatan lumayan kerana memiliki permintaan kekal sepanjang masa.

Di Malaysia, ada banyak peluang dalam kategori ini malah sebahagian daripadanya juga sudah menjadi popular dengan ramai mengusahakannya sebagai bisnes.

BACA LAGI: Kawasaki Ninja, skuter Yamaha XMax antara 'kapcai' bawah 250cc boleh dimiliki melalui Motorbike Loan Boost Bank

BACA LAGI: Mydin lanjut operasi sampai 1 pagi mudahkan pelanggan tebus SARA RM100

Berikut 10 contoh bisnes yang mungkin nampak biasa tapi mampu jadi mesin duit jika kena caranya.

1. Pusat Cuci Kereta Layan Diri

Konsep cuci kereta layan diri semakin popular, terutama di bandar-bandar besar.

Kos operasi rendah yang mana hanya perlu mesin penyedut hampagas dan air manakala upsell bisnes seperti wax atau detailing boleh menambah margin.

2. Mesin Layan Diri 

Letakkan di pejabat, kolej, hospital atau apartmen.

Pulangan dianggarkan  sekitar RM200–RM1,000 sebulan bergantung kepada lokasi.

Bahkan kini mesin moden lebih canggih kerana menerima e-wallet seperti Touch ‘n Go dan GrabPay.

Sewaan ruang stor boleh dijadikan bisnes yang menjana pendapatan. — Cube Self Storage

3. Fasiliti Stor Simpanan 

Tidak dinafikan ruang rumah dan pejabat di bandar semakin kecil dan terhad.

Ramai perlukan tempat penyimpanan barang sementara lagi-lagi barang yang kurang digunakan.

Kadar kejayaan bisnes ini dilaporkan antara 92 peratus selepas lima tahun.

Sewa bulanan RM200 antara RM500 seunit bukan mustahil, dengan kos operasi rendah kerana boleh dikawal secara digital.

4. Tempat Letak Kereta (Parking Lot & Garaj)

Siapa sangka tanah kecil boleh menjadi lombong emas jika bijak dimanfaatkan.

Lokasi bandar yang sesak dengan destinasi tumpuan seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Melaka pasti mendapat sambutan.

Pengelola tapak boleh mengenakan caj mengikut jam, harian, mingguan mahupun bulanan.

Pemasangan sistem automatik membolehkan penyelenggaraan serta pemantauan minimum. 

no smoking area at dobi

Permintaan terhadap dobi konsisten kerana gaya hidup moden dewasa ini.

5. Mesin ATM Persendirian

Bisnes ini mungkin agak asing di Malaysia namun cukup popular di AS. 

Mesin juruwang automatik ini boleh diletakkan di kedai runcit, kedai serbaneka, stesen minyak dan hospital.

Pendapatan dijana menerusi caj perkhidmatan bagi setiap transaksi.

Potensi keuntungan antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan bagi setiap mesin jika diletakkan di lokasi 'hotspot'.

6. Dobi Layan Diri (Laundromat)

Dobi layan diri tidak perlu diperkenalkan lagi kerana sudah popular di Malaysia sejak 2015.

Kos awal mungkin agak tinggi kerana memerlukan sewaan premis, mesin basuh dan pengering, namun margin keuntungan dianggarkan antara 30 hingga 40 peratus.

Kaedah pembayaran juga semakin canggih kerana tidak perlu lagi menukar duit kertas kepada syiling dobi sebaliknya boleh menggunakan e-wallet seperti Touch ‘n Go dan GrabPay.

Permintaan terhadap dobi juga konsisten kerana gaya hidup moden dan sibuk bagi pelajar, individu bujang dan berkeluarga.

 

 

7. Tapak Karavan & RV Park

Di Malaysia, konsep ini masih baru namun menjanjikan peluang yang agak lumayan.

Dengan trend 'van life' dan glamping, tapak khas untuk karavan atau motorhome ada potensi masa depan.

Kos penyelenggaraan juga lebih rendah berbanding homestay.

Hujung minggu cuti panjang dan musim cuti sekolah tentunya menjadikan pulangan yang 'steady' kepada pengusaha tapak. 

8. Ruang Billboard & Papan Iklan

Ruang billboard dan papan iklan sama ada konvensional atau digital kekal relevan dalam dunia pengiklanan.

Di Malaysia, permintaan terhadap ruang iklan fizikal masih tinggi, terutamanya di kawasan strategik seperti lebuh raya, pusat bandar atau lokasi tumpuan awam.

Sewaan billboard boleh menjana antara RM2,000 hingga RM20,000 sebulan bergantung lokasi, saiz, jenis papan (statik atau digital) serta jumlah tontonan harian. 

9. Mini Golf & Pusat Hiburan Keluarga

Konsep 'family entertainment center' seperti mini golf, trampoline park atau escape room sebenarnya mendapat permintaan dewasa ini.

Ramai yang mencari aktiviti hujung minggu yang menyeronokkan di pusat hiburan keluarga yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Konsep 'indoor' dan berhawa dingin semakin popular lagi-lagi dalam keadaan cuaca panas dan hujan yang tidak menentu.

Lokasi popular seperti pusat beli-belah, taman tema kecil atau kawasan komersial pasti menarik kunjungan ramai sekali gus menjana pendapatan.

10. Pemprosesan Pembayaran Digital

Di sebalik setiap transaksi e-wallet, kad debit atau kad kredit, terdapat satu industri yang menjana pendapatan secara konsisten iaitu pemprosesan pembayaran digital.

Penyedia servis pembayaran (payment gateway) akan mengenakan caj 1 hingga 3 peratus daripada jumlah transaksi.

Dengan penggunaan e-wallet yang melonjak di Malaysia, bisnes tersebut boleh diibaratkan seperti 'ATM masa depan'.  — Majoriti 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram