BANTUAN MyKasih di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dari kerajaan sememangnya meringankan beban rakyat dengan RM100 disalurkan dapat digunakan untuk membeli barangan keperluan asas.
Produk seperti beras, minyak masak dan produk kebersihan diri yang terkandung dalam senarai barangan boleh dibeli pasti akan dimanfaatkan 5.4 juta penerima seluruh negara yang menepati syarat ditetapkan.
Ini dibuktikan apabila RM192.4 juta sudah dibelanjakan sejak bantuan itu disalurkan menerusi MyKad pada Ahad lalu seperti mana dilaporkan Kementerian Kewangan (MOF).
BACA LAGI: Kasihan penerima STR bulanan kena 'berebut' tebus SARA gara-gara MyKasih offline
BACA LAGI: Wanita terkilan wang bantuan sekolah ‘dirampas’ bekas suami, walau tak pernah jaga anak
Penebusan MyKasih menggunakan MyKad belum cukup lancar selepas lima hari sejak ia disalurkan.
Bagaimanapun, timbul pula isu di sebalik perbelanjaan terbabit apabila orang ramai mula mengeluh akan sistem yang berkali-kali tergendala di kaunter pembayaran.
Situasi tersebut bukan sahaja menyukarkan pengguna, malah turut memberi kesan buruk terhadap pengurusan pasar raya dan kedai serbaneka yang boleh dikunjungi untuk berbelanja menggunakan MyKasih.
Keluhan itu dikongsikan berkali-kali di media sosial, termasuk di laman Facebook Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Idola Kami yang menyatakan masalah berkenaan amat membebankan.
"Kesian pada pekerja yang nak kena susun balik barang dari berpuluh troli yang ditinggalkan kerana sistem MyKasih tergendala. Aku nasihatkan anda semua kalau mahu membelanjakan MyKasih itu, jangan sekarang ya.
"Tunggulah lagi dua ke tiga minggu sehinggalah sistem benar-benar stabil," tulisnya.
Perkongsian itu turut menyertakan sebuah video diambil di sebuah pasaraya memaparkan beberapa troli dipenuhi produk yang berada dalam senarai seperti telur dan beras.
Meskipun pembayaran masih boleh dibuat, penerima bantuan SARA pasti enggan meneruskan pembelian sehingga memaksa pekerja untuk mengembalikan barangan ke rak tertentu.
Isu sistem MyKasih tergendala sudah menerima respons MOF yang bersedia untuk menambah baik sistem transaksi MyKasih daripada 5,000 ke 15,000 kuiri setiap minit bagi melancarkan urusan.
Perubahan itu diharapkan mampu mengelak masalah sedemikian berulang kerana orang ramai mahu memanfaatkan bantuan itu untuk memperoleh barang harian dan keperluan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram