
SEBUAH kemalangan tragis melibatkan tiga sekeluarga tular di media sosial selepas insiden menyayat hati tersebut dilaporkan berlaku di Jalan Westport, Pelabuhan Klang, Selangor pada Rabu.
Dalam kejadian berkenaan, mangsa yang juga isteri kepada penunggang motosikal dilaporkan maut di tempat kejadian selepas digilis sebuah lori.
Menurut laporan awal, mangsa merupakan warganegara Indonesia dan sedang membonceng motosikal bersama suami dan anak mereka ketika insiden berlaku.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Tak nak bayar boleh cau', ulat parkir biadab, makin besar kepala di Pasar Seni
Apa yang lebih menyentuh hati, video yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Mr Wan Cai Official menunjukkan detik pilu sejurus selepas kemalangan apabila pemandu lori terbabit gagal menahan sebak dan memeluk anak mangsa yang masih kecil.
"Kemalangan melibatkan tiga sekeluarga. Kejadian berlaku di Jalan Westport - Pelabuhan Klang.
"Isteri yang membonceng, meninggal dunia ditempat kejadian asbab digilis.
"Dengar kata warganegara Indonesia. Ada sesiapa mengenali waris kepada mangsa kemalangan? Mohon panjangkan untuk kami bantu 0169860433," katanya.
Rakaman itu meraih perhatian ribuan warga maya yang rata-rata tersentuh dengan tindakan pemandu lori berkenaan.
Setakat ini, tiada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung insiden menyayat hati tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram