Mahkamah Koroner akan kendali inkues kes Zara Qairina — Jabatan Peguam Negara


  • Massa
  • Rabu, 13 Ogos 2025

Keputusan itu dibuat selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan oleh PDRM.

JABATAN Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk menjalankan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Zara Qairina Mahathir.

AGC dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan keputusan itu dibuat selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

BACA LAGI: Penglibatan pasukan khas JSJ Bukit Aman antara 4 permintaan peguam keluarga Zara Qairina

BACA LAGI: Sejauh mana keseriusan YB tangani isu Zara Qairina? — Gerakan Mahasiswa

"Setelah Jabatan ini meneliti laporan siasatan yang telah dikemukakan oleh PDRM berhubung kes kematian Zara Qairina pada 12 Ogos 2025, Jabatan ini memutuskan agar inkues dijalankan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

"Prosiding inkues ini bertujuan untuk menentukan punca dan sebab kematian termasuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya dalam kematian Zara Qairina," kata AGC dalam kenyataan itu.

Proses berkenaan akan dikendalikan di Mahkamah Koroner secara bebas dan telus mengikut peruntukan undang-undang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram