
IDEA untuk mengasaskan Inside Scoop tercetus pada 2013 apabila Lim Shiew Li menyahut cabaran suaminya, Edmund Tan.
Ini selepas dia mengadu tiada rasa aiskrim di Malaysia yang kena dengan seleranya.
"Why don't you do something about it?", kata Shiew Li mengimbau kembali kata-kata suaminya yang menjadi pendorong kepada ciptaan jenama Inside Scoop.
Namun apa yang bermula sebagai idea lucu, segera berubah apabila pasangan suami isteri mula serius membina jenama tersebut.
Shiew Li yang juga bekas aktuari sanggup terbang ke Itali demi mengambil kursus membuat gelato.
Dia dan Edmond yang memiliki latar belakang dalam bidang kewangan turut mengumpul duit secukupnya yang memberi asas kukuh untuk membuka kedai pertama di Bangsar.
Di situ, mereka menjual perisa yang disukai pelanggan dengan terlebih dahulu melakukan research and development (R&D) bagi mendapatkan aiskrim yang berkualiti.
Perisa tempatan yang unik seperti durian, cempedak, teh tarik, kopi peng, gula Melaka menggamit selera rakyat Malaysia.
Berdasarkan perkongsian Bizpoint.my, Inside Scoop menggunakan strategi kreatif dan 'cult-marketing' untuk menarik pelanggan mereka.
Secara jelas, mereka memposisikan jenama untuk menyasarkan peminat aiskrim artisanal dengan USP (unique selling point) perisa menggunakan bahan-bahan tempatan.
Selain itu, daripada fokus kepada pelanggan umum, Edmund dan Shiew Li membina ‘cult fanbase’ menerusi strategi pemasaran berasaskan keterlibatan (engagement).
"Mereka buat pelanggan rasa 'king' kenal (apabila) produk ini dan target loyalty (engagement) berbanding awareness (reach).
"Mereka buat acara seperti free ice cream day tapi diketahui oleh siapa yang follow dan engage di media sosial sahaja.
"Buat bufet ais krim semasa Ramadan atas permintaan pelanggan setia dan tak buat awareness campaign seperti iklan, billboard dan lain-lain sebaliknya fokus loyalty campaign sahaja," katanya.
Inside Scoop kini ada lebih 40 cawangan di seluruh Malaysia.
The Malaysian Reserve melaporkan, antara tahun kewangan 2017 hingga 2021, penyata menunjukkan pendapatan The Inside Scoop Sdn Bhd (TISSB) meningkat daripada RM10 juta kepada RM36.3 juta, mewakili kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 38 peratus.
Pada Februari 2023, syarikat tenusu Farm Fresh Bhd membeli 65 peratus saham TISSB pada harga sekitar RM83.9 juta.
Ia melibatkan pembelian 53 peratus (RM68.4 juta) dan pelaburan tambahan 12 peratus (RM15.5 juta).
Edmund dan Shiew Li kekal dengan 35 peratus pemilikan dan terus memimpin operasi dan inovasi perisa di jenama tersebut
Dengan sokongan Farm Fresh, perspektif jenama itu bukan sahaja berkembang di Malaysia tapi mungkin mampu menakluk pasaran lebih besar. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram