Kes Zara: Pengguna Facebook dipanggil MCMC, keluarkan kenyataan berunsur 3R


  • Kes
  • Ahad, 10 Ogos 2025

Pengguna Facebok (kiri) memberikan keterangan kepada MCMC terhadap kenyataan dikeluarkannya.

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia (MCMC) memanggil individu yang melakukan hantaran berbuar 3R (Kaum, Agama dan Institusi Diraja) berkaitan kes kematian pelajar tingkatan 1, Zara Qairina Mahathir.

MCMC memanggil seorang pengguna Facebook selepas melakukan hantaran sedemikian yang berpotensi mengelirukan orang awam.

Individu tersebut sudah pun dipanggil untuk siasatan di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada Sabtu.

BACA LAGI: Kes Zara: Bedah siasat dijangka berlangsung sehingga 6 jam, proses disertai pakar forensik dari Serdang

BACA LAGI: Kes Zara: Bukan saja boikot, ramai desak tutup SMKA Tun Datu Mustapha

"Bagi membantu siasatan, individu terbabit telah dipanggil untuk sesi rakaman keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada 9 Ogos (Sabtu) 2025.

"Satu unit telefon bimbit dan satu keping kad SIM telah disita untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan," kata MCMC.

MCMC turut mengingatkan orang ramai agar menghormati proses siasatan kes Zara Qairina dengan tidak melakukan sebarang spekulasi.

Ia bertujuan agar tidak melanggar proses keadilan sambil boleh mengguris hati keluarga mangsa.

Dalam pada itu, mayat Zara Qairina mula dibedah siasatan di Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu pada Ahad. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram