Istana Perak buat laporan polis, nafi video palsu dakwa ada persandingan diraja


  • Massa
  • Isnin, 04 Ogos 2025

Istana Perak menafikan akan ada perkahwinan diraja diadakan.

ISTANA Perak menafikan akan berlakunya perkahwinan diraja seperti yang didakwa menerusi sebuah video tular di aplikasi TikTok.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja kepada Sultan Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malik, berkata pada 31 Julai (Khamis) yang laporan polis sudah dibuat bagi menjaga nama baik Sultan Perak, kaum kerabat dan pihak istana.

Video yang tersebar di TikTok itu berdurasi selama 58 dengan ia dimuat naik oleh akaun menggunakan nama 'The King'.

BACA LAGI: Anakanda Sultan Perak antara 40 mangsa disengat obor-obor di Teluk Senangin

BACA LAGI: Hati-hati warga Ipoh, polis beri amaran berita palsu agihan wang sempena pertabalan 'Raja Di-Hilir Perak'

Dikatakan, majlis perkahwinan diraja itu bakal diadakan pada 7 hingga 17 Ogos dengan sebuah stesen tv swasta akan menyiarkan siaran langsung.

"Kandungan berserta keterangan pada video terbabit sama sekali tidak benar dan dibimbangi boleh menimbulkan kekeliruan masyarakat. Jadi, laporan polis dibuat.

"Perbuatan tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat palsu perlu dihentikan untuk mengelak berlaku kekeliruan dan salah faham anggota masyarakat, selain melindungi nama baik Istana Perak," katanya.

Sebelum ini, tular sebuah video yang turut mengaitkan Istana Perak dengan pemberian wang bernilai RM800 kepada orang ramai.

Pemberian tersebut kononnya bersempena pertabalan 'Raja Di-Hilir Perak' yang sebenarnya tidak berlaku. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram