[VIDEO] Silap-silap hilang nyawa, JKR didesak buat penghadang jalan elak tragedi berulang


  • Tular
  • Isnin, 04 Ogos 2025

Tangkap layar sebuah kereta terbabas akibat masalah tiada penghadang jalan di kawasan itu baru-baru ini.

 

 

ISU bahu jalan yang tidak diselenggara dengan baik sekali lagi mencetuskan kebimbangan pengguna jalan raya apabila sebuah kereta dilaporkan terbabas dan hampir terjatuh ke dalam parit, dipercayai berlaku di sebuah negeri di Utara tanah air.

Seorang pengguna jalan yang kecewa dengan keadaan itu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang didakwa gagal mengambil perhatian serius walaupun aduan berkaitan masalah bahu jalan telah dibuat berulang kali.

Berdasarkan video berdurasi satu minit 29 saat memaparkan lelaki berkenaan berkongsi keadaan di kawasan tersebut yang tidak mempunyai sebarang penghadang jalan, selain kelihatan satu kereta jenis Proton Iriz berwarna merah sudah terbabas.

BACA LAGI: Istana Perak buat laporan polis, nafi video palsu dakwa ada persandingan diraja

BACA LAGI: Teringat kesan lebam anak, ibu Zara Qairina buat laporan polis kedua

"Jalan ini saya dah complain dah, berapa kali dah saya complain ini. Berkaitan bahu jalan, tuan-tuan dan puan-puan tengok ini. Bahu jalan tiada, itu jalan raya.

"Dalam itu (gaung kawasan itu). Lima meter dalam. Ini sebuah kereta dah terbabas. Bila kita tarik kereta itu, memang akan masuk dalam parit," katanya memetik video yang tular di media sosial.

Menurutnya, bahu jalan yang tidak sempurna menyebabkan risiko kemalangan meningkat, terutama bagi pengguna yang tidak biasa dengan keadaan jalan tersebut.

"Nampak ini, bahu jalan lain memang tiada. Jadi saya harap JKR ambil perhatian. Saya dah complain tapi tiada sebarang tindakan.

"Jadi saya cukup kecewa dengan JKR langsung tiada ambil perhatian. Jangan makan gaji buta, hampir nak terbalik kereta itu. Kejadian di sungai belah kiri," tambahnya lagi.

Tangkap layar video tular mengenai sebuah kereta hampir terbabas di bahu jalan.

Keadaan itu bukan sahaja membahayakan keselamatan pengguna jalan raya, malah menimbulkan kebimbangan berterusan tentang kesediaan pihak berkuasa dalam memastikan infrastruktur jalan yang selamat dan berfungsi dengan baik.

Penduduk dan pengguna jalan raya mendesak agar JKR segera mengambil tindakan dengan memasang penghadang keselamatan di bahu jalan tersebut bagi mengelakkan kejadian serupa daripada berulang pada masa akan datang.

Setakat ini, pihak berkuasa tempatan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu tersebut dengan pengguna berharap pihak berwajib dapat bertindak segera demi keselamatan pengguna jalan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram