
SEORANG kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas terjatuh ke dalam lubang pembetung berhampiran kediaman keluarganya di Jalan Pedada, Sibu, Sarawak pada Isnin.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa dikenali sebagai Ehthin Ling dipercayai terjatuh ke dalam lubang berkenaan sekitar pukul 6.30 petang.
"Setibanya pasukan penyelamat di lokasi, bapa mangsa memaklumkan bahawa anak lelakinya telah hilang dan dipercayai terjatuh ke dalam lubang sistem pembetungan.
BACA LAGI: Pernah berlatih bersama skuad utama, prospek JDT kini berkelana ke Portugal
"Pasukan penyelamat segera menjalankan pencarian dan pada pukul 6:55 petang mangsa didapati timbul di dalam lubang pembentung," katanya dalam kenyataan.
Pasukan penyelamat kemudiannya membawa naik jasad kanak-kanak itu dari dalam lubang pembetung berkenaan.
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Jasad mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Hospital Sibu untuk tindakan lanjut. — The Star/ANDY CHUA
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram