
SUASANA di Flat Seri Perantau, Pelabuhan Klang, Selangor gempar apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut dipercayai selepas terjatuh dari tingkat lapan sebuah blok pangsapuri dalam kejadian pada Jumaat.
Insiden menyayat hati itu dipercayai berlaku di Blok J pangsapuri berkenaan, apabila mangsa ditemui terbaring tidak sedarkan diri di kawasan tempat letak kereta berhampiran bangunan tersebut.
Video kejadian yang tular di media sosial menunjukkan kekecohan penduduk sekitar lokasi kejadian, dengan suara seorang lelaki dalam rakaman tersebut memberitahu sedikit maklumat mengenainya.
BACA LAGI: [VIDEO] Suspek tikam polis di Jalan Pudu dicekup bersama serbuk dan ketulan kekuningan
BACA LAGI: Mayat budak 6 tahun ditanam dalam belukar, polis rampas cangkul digunakan bapa
"Tingkat lapan, tingkat lapan, budak jatuh. Meninggal budak," kata lelaki yang memuat naik video berkenaan.
Memetik laporan Kosmo, Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Kamal Ariffin Aman Shah mengesahkan kejadian itu dengan mangsa disahkan meninggal di Zon Merah di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).
Suasana di Flat Seri Perantau, Port Klang gempar apabila seorang budak lelaki dipercayai maut selepas terjatuh dari tingkat 8. pic.twitter.com/cm4XV1vInl
— rahmieeee (@rahmi_jono) August 1, 2025
Sementara itu, menjengah ruangan komen di media sosial penduduk sekitar terkejut dan sedih dengan kejadian tersebut.
Bukan itu sahaja, rata-rata warganet juga meminta agar langkah keselamatan lebih ketat dilaksanakan terutama di kawasan perumahan melibatkan bangunan tinggi bagi mengelakkan tragedi serupa berulang.
Pihak berkuasa dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram